Buffet Ramadan – Cita Rasa Timur Tengah di SACC

Buffet Ramadan – Cita Rasa Timur Tengah di SACC

SHAH ALAM, APRIL 2019 – Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sekali lagi muncul dengan buffet Ramadan yang bertemakan “Cita Rasa Timur Tengah” bermula 11 Mei hingga 3 Jun 2019.

                Sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia yang rata-ratanya menggemari masakan pedas tetapi dengan keunikan hidangan Timur Tengah dengan perisa rempah aromatic, keaslian rasanya dan kelazatan makanannya telah menambat hati pengunjung sejak kemunculan Nuansa Palestin pada tahun 2013 di SACC.

                Diatas permintaan ramai, kumpulan Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama-sama Chef Mohamad Saeranpoor Hossein, seorang chef arab yang dibawakan istimewa untuk pengunjung SACC pada tahun ini sama-sama berganding bahu menyajikan beberapa hidangan negara-negara Timur Tengah. Setiap kali Ramadan juga, sudah menjadi kelaziman bagi SACC untuk menyediakan hidangan utama iaitu Nasi Kambing Kebuli yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

                Beberapa hidangan khas Timur Tengah yang lazat, seperti Kebab Ayam Irani, Sup Harira, Tabbouleh, Tahina, Baba Ganoush (masakan terung), serta dessert favorit ala Timur Tengah – Qatayef sejenis pemanis mulut istimewa yang mempunyai inti krim berkacang turut disajikan. Menurut Chef Mohamad “Kualiti minyak zaitun yang digunakan amatlah penting kerana ia digunakan dalam banyak hidangan dan membantu menambah kelazatan makanan.”

                Para pengunjung juga oleh menikmati masakan tradisi Melayu seperti Rendang Negeri Sembilan, Ayam Percik, Asam Pedas Tetel, Lala Cili Padi, Singgang Ikan Tongkol, Daging Goreng Berlado dan banyak lagi. Tambahan lagi, SACC turut menyediakan gerai makanan yang menyajikan Laksa Utara, Apam Lenggang, Aneka Goreng-Goreng, Sup Periuk dan banyak lagi.

                Dengan hanya RM88.00+ untuk dewasa dan RM44.00+ untuk kanak-kanak (7 hingga 10 tahun), pengunjung dapat menikmati pakej buffet yang ditawarkan. Sementara itu, kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan kebawah akan dijamu secara percuma. Bagi mereka yang merancang untuk berbuka bersama rakan niaga atau kaum keluarga, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan penjimatan melalui promosi yang kini sedang berlangsung  di laman sesawang SACC; http://www.sacc.com.my/ramadan-buffet  dengan hanya RM78.00+.

                Menyedari unjuran agama Islam untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadan, SACC mengambil initiatif menganjurkan satu program CSR yang memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk “Berbuka sambil Beramal”. Setiap baucar buffet Ramadan yang dijual dengan harga RM88.00+, RM1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan lain kepada Tabung Kebajikan Gelandangan – Food for Homeless dengan kerjasama pihak Rizq Ar-Rahman Charitable Labuan Foundation.

                Sementara itu, bagi pelanggan korporat, Pakej Korporat ditawarkan dengan harga bermula daripada RM70.00+ dengan jumlah minima tetamu seramai 80 orang. Pakej ini menyediakan ruang khas untuk tetamu anda. Untuk pakej ini, anda juga boleh menghubungi SACC dan berbincang dengan pegawai berkenaan untuk memastikan sambutan Ramadan anda berjalan lancar.

                Jika anda ingin membuat tempahan awal, anda boleh menghubungi SACC di talian 03-5511 8858. Pastikan anda mengikuti pengumuman SACC di laman Facebook: SACCOfficialnew dan Instagram: shahalamconventioncentre untuk maklumat lanjut dan terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *