SHAH ALAM, 26 FEBRUARI 2026 – Bersempena sambutan Ramadan dan Syawal, Plaza Shah Alam memperkenalkan kempen “Raya Bersama, Syawal Bermakna” yang berlangsung dari 26 Februari hingga 12 Mac 2026, bertujuan menghidupkan suasana Aidilfitri dengan sentuhan tradisi, kekeluargaan dan keprihatinan sosial. Selari dengan komitmennya dalam menyokong nilai kebajikan, Plaza Shah Alam menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi, Tasik Putri, Rawang, yang melibatkan 55 anak yatim dan asnaf di Warung Koppi’s 70s. Program ini bukan sahaja memupuk rasa kebersamaan, malah mengukuhkan semangat berbagi dan kasih sayang di bulan Ramadan.
Selain itu, Plaza Shah Alam menampilkan pelbagai aktiviti mingguan yang menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk persembahan kebudayaan seperti Senandung Irama Klasik, aktiviti seni dan kraf, Lenggok Beralun Tarian Tradisional, serta acara kemuncak Rentak Syawal yang menampilkan artis jemputan seperti Amir UK’s, Raihan dan Daqmie dengan kerjasama Mewah Event Management. Program edaran bubur lambuk turut diadakan sebagai simbol semangat berkongsi rezeki sepanjang Ramadan.


Pengunjung juga berpeluang menikmati ganjaran eksklusif termasuk sampul raya, buku nota serta set cawan dan piring sebagai tanda penghargaan sepanjang kempen. Menurut pihak pengurusan, usaha ini bukan sahaja memeriahkan sambutan perayaan, tetapi turut mengukuhkan hubungan komuniti setempat dan mengekalkan nilai tradisi serta kebajikan dalam persekitaran pusat beli-belah moden. Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk merasai pengalaman Raya yang lebih bermakna di Plaza Shah Alam.