SIAPA yang tidak kenal Da’i Wan Dazrin, seorang penceramah bebas dan pendakwah.
Beliau juga seorang yang lantang bersuara pendapat mengenai isu-isu yang tular dalam masyarakat kita.
Kelmarin, beliau telah menasihatkan agar pasangan suami isteri perlu menjaga aib dalam rumah tangga.
“Hal rumah tangga tidak boleh sewenangnya diceritakan di media sosial kerana suami isteri perlu menjaga aib masing-masing.
“Meskipun berlaku dalam perkahwinan itu hanya milik kita dengan pasangan. Termasuk hal di dalam bilik tidur,” katanya menerusi Instagramnya.
Wan Dazrin memberitahu, pendedahan berkaitan hal rumah tangga di media sosial semakin berleluasa hingga mengaibkan.
Justeru, pasangan perlu menahan diri dari mengikut emosi dan meluahkan di tempat yang salah.
“Biar ilmu mengajarkan kita untuk letakkan emosi pada tempatnya,” katanya.
Sebelum ini, kecoh rumah tangga pelakon Aliff Aziz bergolak selepas isterinya, Bella Atillah mendedahkan kecurangannya di Instagram hingga hangat diperkatakan oleh netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dakwa Aliff Aziz curang lagi