KUALA LUMPUR- Rakyat Malaysia kini boleh membeli topeng muka dengan penambahan stok di Lazada Malaysia bermula Selasa ini, sementara stok masih ada. Ini adalah sebahagian dari usaha bagi memastikan kesemua rakyat Malaysia mempunyai akses ke barangan keperluan penting untuk perlindungan diri dan keluarga. Antara usaha Lazada Malaysia dalam membantu melindungi rakyat Malaysia adalah seperti berikut:1. Pelanggan Kawalan harga: Syarikat ini komited melindungi para pelanggannya dengan mengambil langkah dalaman untuk memastikan para penjual mengekalkan harga patut untuk barangan keperluan seperti topeng muka. Kami juga memantau rapi situasi semasa dan bekerjasama dengan kerajaan dalam hal ini. Sekiranya pembeli menemui produk yang dijual dengan harga melampau, mereka dinasihatkan supaya melaporkan perkara ini ke Bahagian Khidmat Pelanggan Lazada untuk siasatan lanjut.Stok: Lazada Malaysia akan sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang terbaik, ini termasuklah dengan memastikan stok topeng muka dan barangan berkaitan adalah mencukupi. Bagi mengelak aktiviti monopoli, jumlah pembelian barangan ini akan dihadkan untuk setiap pembelian. 2. Pekerja Keselamatan diutamakan: Syarikat ini amat menitikberatkan aspek kesihatan dan keselamatan para pekerja serta keluarga mereka. Polisi yang dirangka seperti urusan kerja, perjalanan, dan aktiviti berkaitan, adalah berteraskan kebajikan dan kesihatan seluruh warga kerja Lazada. Kami akan terus peka memantau situasi ini dan menyalurkan bantuan yang diperlukan.Logistik: Kesemua Gudang Lazada Malaysia, termasuk peralatan yang digunakan telah menjalani proses pembasmian kuman. Kesemua pekerja logistic Lazada diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan harian suhu badan serta proses sanitasi yang ketat sebelum mengendali sebarang bungkusan. Sebagai platform eDagang yang terulung di Malaysia, Lazada ingin menekankan bahawa keselamatan para pelanggan dan pekerjanya adalah aspek yang amat penting, dan ingin menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan mereka. Mengenai Kumpulan LazadaDiasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara, dengan lebih dari 50 juta pengguna tahunan aktif di rantau ini. Kini berada di enam negara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam – kami mengeratkan lagi hubungan di rantau ini dengan teknologi ekosistem yang mantap, rangkaian logistik meluas dan sistem pembayaran yang mudah dan terkini. Hari ini, kami mempunyai senarai jenama dan penjual terbesar, dan menjelang 2030, matlamat kami adalah untuk mencapai 300 juta pelanggan. Pada 2016, Lazada menjadi platform utama Kumpulan Alibaba, dan disokong oleh insfrastruktur teknologi terbaik dari Alibaba. Post navigation MILO®️ Champions Clinic: E-Coaching lembaran baharu pembangunan sukan akar umbi MILO®️ Lazada Wallet is top payment method this 11.11