Siti Khadijah dan TV Al-Hijrah Jalin Kerjasama Strategik Sempena Konvensyen Hijrah Bergema

Processed with VSCO with m5 preset

Siti Khadijah, peneraju jenama telekung premium dan busana ibadah, tampil berkolaborasi bersama TV Al-Hijrah sempena penganjuran Konvensyen Hijrah Bergema 2025 yang berlangsung selama dua hari pada 30 dan 31 Disember 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Konvensyen ini menghimpunkan pelbagai pengisian kerohanian termasuk ceramah motivasi, bengkel solat serta konsert istimewa bersama kumpulan nasyid dan barisan artis terkemuka, sekali gus menawarkan pengalaman menyeluruh yang menggabungkan elemen ilmu, inspirasi dan hiburan rohani.

Bersempena acara tersebut, Siti Khadijah turut memperkenalkan Koleksi Ramadan & Raya 2026, MUSHAFE – Warisan Darul Iman, sebuah koleksi istimewa yang diinspirasikan daripada Mushaf Terengganu. Manuskrip Islam bersejarah ini kaya dengan nilai seni, budaya dan warisan, yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam rekaan busana ibadah dengan sentuhan moden dan klasik. Kehalusan seni Nusantara yang diketengahkan menjadikan koleksi ini tampil anggun, eksklusif dan sarat dengan makna spiritual.

Selain itu, Siti Khadijah turut memperkenalkan Telekung Basic baharu yang ditawarkan pada harga RM188 dan dilengkapi dengan kotak istimewa. Rekaan ini menjadikannya pilihan ideal sebagai hadiah bermakna untuk insan tersayang, selain sesuai dijadikan sebagai bingkisan perkahwinan, buah tangan majlis marhaban serta hadiah khatam al-Quran.

Seiring dengan aspirasi jenama yang menekankan keseimbangan rohani dan ketenangan jiwa, Siti Khadijah turut melancarkan kempen JEDA – Damai Dalam Waktu. Kempen ini membawa mesej Pause for Peace yang mengajak masyarakat untuk berhenti sejenak, memperlahankan langkah dan kembali mencari ketenangan dalam dunia yang serba pantas. Melalui pendekatan ini, Siti Khadijah menggalakkan masyarakat untuk mengambil ruang jeda bukan untuk melarikan diri, tetapi untuk kembali kepada diri sendiri, keluarga dan Ilahi, sekali gus menyambut Ramadan dan Syawal dengan jiwa yang lebih damai dan seimbang.

Bagi memeriahkan lagi kempen Gema Ramadan Siti Khadijah, jenama ini turut memperkenalkan Amyra Rosli dan Amar Baharin sekeluarga sebagai Duta Ramadan & Raya Siti Khadijah 2026. Pelantikan mereka sebagai wajah baharu koleksi keluarga mencerminkan nilai kemesraan, kesederhanaan dan kekeluargaan yang menjadi teras identiti jenama ini. Koleksi keluarga yang diperkenalkan direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden tanpa mengabaikan nilai tradisi, kesopanan dan keselesaan.

Orang ramai dijemput untuk menjadikan koleksi eksklusif Siti Khadijah sebagai persalinan pilihan seisi keluarga dalam persiapan menyambut Ramadan dan Syawal yang penuh makna. Koleksi ini boleh didapati di semua butik Siti Khadijah di seluruh negara atau secara dalam talian menerusi laman web rasmi www.sitikhadijah.com.