Single Seorang Kakitangan KKM Mendapat Sambutan Hangat di Indonesia

Single Seorang Kakitangan KKM Mendapat Sambutan Hangat di Indonesia

Lagu single seorang penyanyi yang masih bertugas sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meletop di Indonesia. Penyanyi itu ialah Aida Elias aau lebih dikenali di sebelah Utara sebagai Mami Aida.

Pada awal tahun, dia telah merakan sebuah lagu single yang bertajuk “Cari Pacar’ tetapi oleh kerana peraturan yang sangat ketat di Malaysia pada ketika itu untuk membuat persembahan, single itu telah dilancarkan di Indonesia pada bulan Febuari 2022. Lagunya telah mendapat sambutan yang hangat di stesen-stesen radio Indonesia. Lagu ini telah menempatkannya di carta lagu dangdut Indonesia di posisi ke-2 radio di sana.

Mami Aida bakal melakar sejarahnya tersendiri di Malaysia apabila dia akan menganjurkan Showcase pertamanya di Kuala Lumpur “Mami Aida Live di Hard Rock Cafe” pada 16 Julai 2022 depan. 

Showcase ini telah dianjurkan oleh BEST FBKL Concerts dan Muzik Dua Karya untuk mengenalkan artis rakaman baru dalam industri muzik tempatan kepada Rakyat Malaysia khususnya di luar Pulau Pinang.

Mami Aida Bakal akan mendendangkan 15 lagu semasa showcasenya. Dia bakal
mempersembahkan lagu daripada beberapa genre termasuk balada, rock dan dangdut. Selain daripada nyanyi lagu singlenya dan lagu dangdut lain, dia akan buat tribute kepada dua artis yang telah menjadi inspirasi kepadanya iaitu Ziana Zain dan Liza Hanim.

Aida Elias (Lahir 15 Januari 1980) adalah anak seni kelahiran Pulau Pinang berketurunan Jawi Peranakan dikenali sebagai PENGHIBUR di Utara Malaysia kerana aktif di pentas sebagai penyanyi, pengacara, pelakon dan sering mengendalikan pentas dalam bentuk jenaka secara spontan. Aida Alias juga seorang kakitangan kerajaan yang masih bertugas di KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dari Tahun 2007 sehingga ke hari ini iaitu bagi tahun ke 15, Aida Elias membahagikan masa waktu kerja sebagai staf KKM, Penghibur dan ibu kepada 3 org anak.

Aida pernah menjadi antara barisan pelakon di dalam beberapa TELEMOVIE di Astro,
antaranya SELAMAT PAGI ABANG POSMEN arahan Zulkiflee M Osman, CINTA DI
KAKI GUNUNG JERAI arahan Khalid Sulaiman dan banyak lagi.
Aida sangat aktif mengadakan persembahan secara tertutup untuk VIP-VIP di hotel
terkemuka dan dia juga turun padang membuat persembahan di Karnival seperti Karnival Pulau Pinang Selain di Malaysia, Aida pernah mengadakan persembahan di Indonesia bersama band terkenal PALLAPA. Aida mendapat sambutan baik ketika mengadakan persembahan di Singapura di konsert DANGDUT MAUT 2019 anjuran Seri Maharani Events Singapore.

Aida Elias sebelum ini pernah viral di FACEBOOK ketika mengadakan persembahan di
Pantai Murni, Yan Kedah bersama band beliau SERA SIX BAND sebelum PKP dengan
lagu Perawan Atau Janda dan video tular tersebut mencecah 3.7 juta tontonan.

Memegang gelaran artis rakaman serta masih lagi bertugas sebagai staf di KKM sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan serentak namun 3 cahayamata menjadi inspirasi dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam karier dan kehidupan.

Peminat yang ingin menyaksikan Showcase “Mami Aida Live DI Hard Rock Café pada 16 Julai boleh mendapatkan tiket menerusi laman sesawang myticket.asia