Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • SilverGenz Mentakrif Semula Penuaan di Johor melalui Penjagaan Komuniti & Talian Sokongan 24/7.
  • Event
  • News

SilverGenz Mentakrif Semula Penuaan di Johor melalui Penjagaan Komuniti & Talian Sokongan 24/7.

Farihin Azlan March 16, 2026 (Last updated: March 16, 2026) 7 minutes read

Johor Bahru, Malaysia, 12 Mac 2026 – SilverGenz, penyedia penjagaan warga emas yang berteraskan matlamat, hari ini secara rasmi melancarkan operasinya di Johor, sekali gus menegaskan komitmennya untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Johor serta pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor penjagaan kesihatan bagi memperkukuh penjagaan berasaskan keluarga dan konsep penuaan di tempat tinggal sendiri (ageing-in-place). Pelancaran ini juga selari dengan keadaan Johor yang semakin menghampiri status negeri menua, dengan jumlah warga emas meningkat kepada 12.3% pada tahun 2025.

(Tengah) Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, YB Ling Tian Soon bersama (kedua dari kiri) Pengasas SilverGenz, Stacey Lim; (dari kiri) Pengarah Eksekutif ACG Healthcare, Dr Allan Fernandez; Ketua Strategi SilverGenz, Dr Carol Yip; serta Pengasas dan Pengarah Urusan Ageing Asia, Janice Chia pada majlis pelancaran SilverGenz, perkhidmatan penjagaan dan talian penjagaan warga emas bersepadu 24/7 pertama di Johor.

Seiring peralihan Malaysia ke arah negara menua, permintaan terhadap penyelesaian penjagaan warga emas yang lebih tersusun, mampan dan berasaskan komuniti semakin mendesak. Menjelang tahun 2030, hampir 15% rakyat Malaysia dijangka berusia 60 tahun ke atas, sekali gus memberi tekanan yang semakin besar terhadap sistem penjagaan kesihatan, keluarga serta perkhidmatan sosial di seluruh negara. Di Johor, perubahan demografi ini berlaku pada kadar yang lebih pantas, sekali gus menekankan keperluan terhadap model penjagaan yang lebih proaktif dan bersifat pencegahan.


“Ketika Johor bersiap sedia menghadapi peningkatan populasi menua, adalah penting untuk kita beralih daripada pendekatan penjagaan reaktif kepada sistem penjagaan warga emas yang lebih proaktif dan berjangka panjang,” kata YB Ling Tian Soon.

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, YB Ling Tian Soon, serta dihadiri oleh wakil daripada agensi kerajaan, institusi penjagaan kesihatan, rakan industri dan komuniti penjaga. Acara ini mencerminkan peningkatan tumpuan Johor terhadap penuaan sihat, ketahanan penjaga (caregiver resilience) serta kerjasama awam–swasta sebagai tonggak penting dalam menangani perubahan demografi negeri ini.

Menurut YB Ling Tian Soon, ketika Johor bersiap sedia menghadapi peningkatan populasi menua, adalah penting untuk beralih daripada pendekatan penjagaan reaktif kepada sistem penjagaan warga emas yang lebih proaktif dan berjangka panjang. Beliau menambah bahawa dengan memperkukuh ketahanan keluarga dan sokongan berasaskan komuniti, beban terhadap hospital serta kemudahan kebajikan dapat dikurangkan, di samping meningkatkan hasil kesihatan melalui kerjasama awam–swasta yang bertanggungjawab.

“Penjagaan warga emas hari ini bukan sekadar rawatan perubatan,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SilverGenz, Stacey Lim. “Keluarga memerlukan kesinambungan penjagaan serta sokongan di rumah dan komuniti, dan SilverGenz ditubuhkan untuk merapatkan jurang ini melalui kerjasama dengan keluarga dan profesional kesihatan.”

Berteraskan falsafah “Bersama-sama Menjalani Kehidupan Luar Biasa (Live an Amazing Life Together)”, SilverGenz ditubuhkan sebagai respons terhadap peningkatan cabaran yang dihadapi keluarga dalam menjaga insan tersayang yang semakin menua. Cabaran ini termasuk demensia, penyakit kronik, situasi kecemasan serta tekanan yang dialami oleh para penjaga, yang sering diburukkan lagi oleh perkhidmatan penjagaan yang berpecah-belah serta keterbatasan akses kepada panduan yang tepat pada masanya dan sokongan emosi.

(Di tengah) Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, YB Ling Tian Soon; (Kedua dari kiri) Pengasas SilverGenz, Stacey Lim; (dari kiri ke kanan) Pengarah Eksekutif ACG Healthcare, Dr Allan Fernandez ; Ketua Strategi SilverGenz, Dr Carol Yip serta Pengasas dan Pengarah Urusan Ageing Asia, Janice Chia perbincangan tersebut meneliti bagaimana keutamaan penjagaan warga emas di Johor dapat diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal berasaskan komuniti.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SilverGenz, Stacey Lim, berkata bahawa penjagaan warga emas pada masa kini melangkaui rawatan perubatan semata-mata. Menurut beliau, keluarga memerlukan kesinambungan penjagaan, ketenangan fikiran semasa kecemasan serta sokongan yang merangkumi rumah dan komuniti. SilverGenz ditubuhkan untuk merapatkan jurang ini dengan bekerjasama bersama keluarga, profesional kesihatan dan pembuat dasar bagi menyediakan penjagaan yang benar-benar berteraskan individu.

Bagi menterjemahkan hala tuju penjagaan Malaysia kepada tindakan, satu sesi perbincangan panel bertajuk “Shaping Johor’s Ageing Future: Towards a Sustainable Eldercare Ecosystem” turut dianjurkan. Panel ini menghimpunkan YB Ling Tian Soon, Stacey Lim, Ketua Strategi SilverGenz Dr Carol Yip, Pengarah Eksekutif ACG Healthcare Dr Allan Fernandez, serta Pengasas dan Pengarah Urusan Ageing Asia Janice Chia.

(Di tengah) Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, YB Ling Tian Soon; (Kedua dari kiri) Pengasas SilverGenz, Stacey Lim;  (dari kiri ke kanan) Pengarah Eksekutif ACG Healthcare, Dr Allan Fernandez ; Ketua Strategi SilverGenz, Dr Carol Yip serta Pengasas dan Pengarah Urusan Ageing Asia, Janice Chia perbincangan tersebut meneliti bagaimana keutamaan penjagaan warga emas di Johor dapat diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal berasaskan komuniti.

Perbincangan tersebut meneliti bagaimana keutamaan penjagaan warga emas di Johor dapat diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal berasaskan komuniti. Antara perkara yang dibincangkan termasuk model penuaan di tempat tinggal sendiri, pembangunan keupayaan penjaga, intervensi awal serta pendekatan penjagaan bersepadu merentas sektor awam dan swasta. Unsur-unsur ini dikenal pasti sebagai pemacu utama dalam meningkatkan kualiti hidup warga emas, mengurangkan kemasukan semula ke hospital yang boleh dicegah serta meringankan beban jangka panjang terhadap sistem penjagaan kesihatan negeri. Para panelis turut berpendapat bahawa ketika Johor berdepan peningkatan pesat populasi menua, peluasan penjagaan daripada hospital ke rumah dan komuniti akan menjadi faktor penting dalam membina ekosistem penjagaan warga emas yang lebih berdaya tahan, mampan dan inklusif.

Dr Carol Yip turut menekankan kepentingan merangka perkhidmatan sebagai satu ekosistem penjagaan bersepadu yang holistik, bukannya secara terpisah. Menurut beliau, penyelesaian penuaan yang mampan memerlukan penyelarasan antara penjagaan kesihatan, kehidupan komuniti, sokongan keluarga serta pembangunan tenaga kerja.

Pengasas SilverGenz, Stacey Lim menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, YB Ling Tian Soon sebagai tanda penghargaan atas sokongan beliau dalam memajukan inisiatif penjagaan warga emas berasaskan komuniti di Johor.

Bersempena pelancarannya, SilverGenz turut mengumumkan kerjasama strategik dengan institusi perubatan, klinik tempatan, pusat konsultasi fisioterapi serta TribeApp, iaitu pemaju bersama aplikasi perkhidmatan pelanggan dan sistem pemantauan mereka. Kerjasama ini mencerminkan komitmen SilverGenz untuk memperkukuh standard penjagaan melalui pembangunan kemahiran, pertukaran pengetahuan serta perkongsian kepakaran merentas sempadan.

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, YB Ling Tian Soon, serta dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi kerajaan, institusi penjagaan kesihatan, rakan industri, komuniti penjaga dan media.

SilverGenz juga memperkenalkan “24/7 Senior Careline”, iaitu talian penjagaan warga emas bersepadu pertama di Johor yang menggabungkan respons manusia, teknologi pemantauan di rumah serta penyelarasan perkhidmatan penjagaan dalam satu sistem sokongan. Melalui aplikasi mudah alih SilverGenz, ahli keluarga boleh menerima notifikasi, kemas kini harian serta pandangan penjagaan, sekali gus membolehkan mereka terus mengetahui keadaan dan kesejahteraan insan tersayang walaupun tidak berada di sisi mereka.

Selain menyediakan perkhidmatan penjagaan, SilverGenz turut berhasrat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi penjagaan di Johor dengan membuka peluang baharu merentasi sektor kesihatan, penjagaan warga emas, terapi, kesejahteraan dan komuniti. Inisiatif ini dijangka membantu memposisikan Johor sebagai model pembangunan yang mesra warga emas dan lebih inklusif di Malaysia serta di rantau ini.

SilverGenz menawarkan pelbagai perkhidmatan penjagaan warga emas berpusatkan komuniti. Antaranya termasuk pusat panggilan 24 jam yang menyediakan bantuan segera untuk kecemasan, pemeriksaan berkala serta sokongan telefon kepada warga emas dan keluarga mereka. Sistem pemantauan di rumah pula membantu mengesan situasi seperti penggunaan bilik mandi yang terlalu lama atau tempoh tidak aktif yang berpanjangan, dan secara automatik menghantar amaran kepada penjaga. Warga emas juga boleh menggunakan butang panik kecemasan untuk mendapatkan bantuan dengan segera.

Selain itu, SilverGenz menyediakan sokongan selepas keluar dari hospital bagi memastikan peralihan yang selamat dari hospital ke rumah, termasuk pemantauan ubat-ubatan, sokongan pemulihan serta penyelarasan penjagaan berterusan bagi mengurangkan risiko kemasukan semula ke hospital. Perkhidmatan fisioterapi di rumah turut ditawarkan bagi meningkatkan mobiliti, kekuatan dan pemulihan, sekali gus membantu warga emas mengekalkan keupayaan berdikari dan gaya hidup yang aktif.

Perkhidmatan penjagaan peribadi dan kejururawatan juga disediakan dengan memberi tumpuan kepada rawatan tepat pada masanya, pengurusan penyakit kronik serta keperluan penjagaan harian. Pendekatan bersepadu ini bertujuan meningkatkan kualiti hidup warga emas sambil mengurangkan lawatan hospital yang tidak perlu dan komplikasi kesihatan.

Bagi menyokong keluarga dan penjaga, SilverGenz turut menawarkan program latihan penjaga yang melengkapkan ahli keluarga dan pembantu rumah dengan kemahiran praktikal, keyakinan serta pengetahuan untuk menyediakan penjagaan warga emas yang selamat dan berkesan di rumah. Di samping itu, perkhidmatan penjagaan paliatif juga disediakan dengan memberi tumpuan kepada keselesaan, maruah dan kualiti hidup warga emas, serta menyokong keperluan fizikal, emosi dan psikososial mereka serta keluarga dengan penuh empati dan hormat.

Pada masa hadapan, SilverGenz merancang untuk membangunkan sebuah Hab Gaya Hidup dan Pusat Penjagaan berasaskan komuniti yang akan menawarkan pelbagai aktiviti bermakna, penglibatan sosial serta sokongan penjagaan harian untuk warga emas. Pusat ini direka bagi menggalakkan kesejahteraan mental, hubungan sosial dan penuaan aktif, dan dijangka siap menjelang tahun 2027.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.silvergenz.com.

About the Author

Farihin Azlan

Editor

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Late Night Frequency Segarkan Semula “Dendang Perantau”
Next: ‘TARUNG: UNFORGIVEN’ HIMPUNKAN BARISAN PELAKON HEBAT 

Related Stories

  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.