Sedekah bukan dengan harta semata-mata

APABILA bercakap tentang sedekah, ramai yang membayangkan hanya wang ringgit atau harta benda sahaja untuk menunaikan amalan itu.

Sebenarnya, persepsi itu salah kerana bukan semata-mata harta benda sahaja yang boleh kita sedekahkan.

Sabda Rasulullah SAW: “Bercakap perkataan yang baik merupakan sedekah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis itu, jelas menunjukkan apabila kita bercakap perkataan yang baik juga dikira sebagai sedekah.

Islam sememangnya menganjurkan umatnya supaya bercakap dengan menggunakan perkataan yang baik sesama manusia.

Senyuman manis dan kata-kata yang baik itu pasti akan menyejukkan hati sesiapa sahaja yang mendengar.

Jika kita tidak mampu untuk bersedekah harta benda, tiada salahnya kita mencuba sedekah dengan cara berkenaan.

Semoga perkataan yang baik ini akan mendidik diri kita membentuk insan positif dan istiqamah melakukan kebaikan di muka bumi ALLAH SWT.

(Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *