Sambutan Hangat! Calpis Soda One In A Million Cetuskan Fenomena dengan 4.5 Juta Tontonan!

Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menutup tirainya dengan penuh gemilang, membawa kenangan manis dan kejayaan yang luar biasa dalam industri hiburan Malaysia. Selepas lapan minggu mendominasi pentas TV dan platform media sosial, finalis yang telah menempuh perjalanan panjang dari sesi ujibakat hingga ke pentas finale, kini bersiap untuk langkah seterusnya dalam dunia seni.

Satu acara istimewa yang penuh makna telah diadakan di APW Bangsar, Kuala Lumpur – Listening Party & Meet & Greet CSOIAM. Acara ini bukan hanya sekadar perjumpaan biasa, tetapi sebuah malam penuh penghargaan, menghimpunkan peminat setia, keluarga, dan rakan-rakan para finalis untuk meraikan setiap detik perjalanan luar biasa mereka. Suasana yang penuh emosi dan kenangan, menjadikan acara ini sebuah penutup sempurna untuk musim ini, namun juga simbol permulaan yang lebih cerah bagi setiap bintang yang telah bersinar.

Dalam acara ini, peminat berpeluang mendengar showcase eksklusif dari para finalis, beramah mesra, dan merayakan kejayaan yang telah mereka capai. Calpis Soda One In A Million bukan sahaja mencipta bintang baru, malah mencetuskan fenomena luar biasa yang mengubah cara hiburan disampaikan kepada penonton moden, terutama dengan pengaruh besar dalam kalangan Generasi Z.

Sejak siarannya bermula, CSOIAM telah berjaya mencapai pencapaian hebat dengan 4.5 juta tontonan TV, 2 bilion penonton mingguan di media sosial, dan 100 juta tontonan video sosial. Platform seperti TikTok telah mencatatkan 50% daripada jumlah tontonan, menandakan betapa program ini telah menguasai ruang digital. Populariti CSOIAM terus mendominasi malam Ahad, berada di kedudukan pertama selama lapan minggu berturut-turut, dan terus menjadi fenomena di kalangan peminat muzik tanah air.

Kejayaan ini juga tidak lepas daripada pelan pembangunan bakat yang komprehensif bagi setiap finalis, termasuk Mentorship Bootcamp yang memberikan mereka bimbingan daripada pakar industri. Para finalis juga berpeluang merakam single eksklusif serta muzik video profesional, dengan sokongan artis ternama seperti Ade Govinda. Malah, para finalis berpeluang menjalani pengalaman latihan bertaraf antarabangsa di Jepun bersama penerbit J-Pop terkenal.

Kemuncak program ini menyaksikan MaryGrace dinobatkan sebagai juara CSOIAM, setelah bersaing hebat dengan Kai Deva (naib juara), Jimi (tempat ketiga), dan Zazzleen (tempat keempat) dalam sebuah pertarungan vokal yang amat sengit. Keghairahan peminat terhadap program ini tercermin dengan 190,000 undian pada malam finale dan peningkatan 54% tontonan siaran langsung di platform Tonton, menjadikan CSOIAM salah satu program paling hangat di dunia digital tempatan.

“Dengan berakhirnya musim yang penuh kehangatan ini, Calpis Soda One In A Million kini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai platform pencarian bakat paling berprestij di Malaysia. Kami berbangga dengan kejayaan ini, dan perjalanan ini akan terus berlanjutan untuk mencipta lebih banyak bintang baru dalam industri muzik tanah air,” ujar Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn Bhd.

Dengan impak yang begitu besar di TV dan media sosial, CSOIAM jelas telah melakar sejarah sebagai salah satu program hiburan paling berpengaruh di Malaysia. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi artis baru, dan membuka lembaran baru dalam dunia hiburan yang lebih dinamik.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta, serta semua yang terlibat dalam menjayakan Calpis Soda One In A Million! Fenomena ini akan terus dikenang sebagai satu detik bersejarah dalam industri hiburan negara. Sejuta soda, satu juara – dan cerita ini akan terus hidup dalam ingatan kita semua!