RASAI KELAZATAN AYAM ZAMRUD – HIDANGAN EKSKLUSIF RAMADAN & SYAWAL DARI THE CHICKEN RICE SHOP

Menyambut ketibaan Ramadan dan Syawal, The Chicken Rice Shop (TCRS) memperkenalkan Hikayat Ayam Zamrud, hidangan eksklusif yang memadukan tradisi dan inovasi kulinari. Diinspirasikan daripada semangat kebersamaan, sajian istimewa ini menampilkan ayam lembut yang dipadankan dengan sambal hijau pedas, herba beraroma, dan sentuhan perahan limau segar menjadikannya pilihan sempurna untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Menurut Cik Jane Wong dari TCRS Restaurants Sdn Bhd, Hikayat Ayam Zamrud bukan sekadar hidangan biasa, tetapi simbol kebersamaan dan warisan budaya. Dengan cita rasa yang kaya dan penyampaian yang unik, ia bukan hanya menggamit selera tetapi juga menghidupkan semangat perayaan yang penuh bermakna.

Selain memperkenalkan menu khas ini, TCRS turut mengambil inisiatif tanggungjawab sosial dengan berkongsi kegembiraan Ramadan bersama komuniti yang memerlukan. Sebagai tanda keprihatinan, TCRS telah menyumbangkan Hikayat Ayam Zamrud kepada empat rumah kebajikan: Rumah Anak-Anak Yatim Klang, Rumah Penyayang Luar Iman, Rumah Anak-Anak Yatim Shifa, dan Rumah Titian Kasih. Langkah ini bertujuan memastikan anak-anak yatim serta penjaga mereka turut merasai kemeriahan Ramadan dengan menikmati hidangan istimewa.

Usaha ini lebih daripada sekadar menyediakan makanan tetapi membawa mesej kasih sayang, keprihatinan, dan kebersamaan dalam menyambut bulan mulia ini. TCRS berharap inisiatif ini bukan sahaja menggembirakan penerima, tetapi juga menginspirasi lebih ramai pihak untuk turut menyebarkan kebaikan.

Hikayat Ayam Zamrud tersedia untuk tempoh terhad dan sesuai dinikmati sebagai sajian berbuka puasa atau hidangan santai bersama keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan eksklusif ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai menu terkini, layari www.thechickenriceshop.com atau kunjungi halaman Facebook rasmi TCRS di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.