Rasa cinta dan mendekati Rasulullah SAW

Rasa cinta dan mendekati Rasulullah SAW

Pameran manifestasi Rasa cinta dan mendekati Rasulullah SAW

KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2019 – Kehebatan Tamadun Islam tidak boleh dinafikan kerana sejarah telah membuktikan memiliki kegemilangan yang panjang bukan sahaja menyinari dunia Islam tetapi menyumbang kepada kebangkitan peradaban dan kemajuan di barat sehingga hari ini.

Banyak artifak dan peninggalan berkaitan sumbangan Islam terhadap dunia masih boleh dilihat sehingga kini dan tidak Iain adalah bertitik-tolak daripada peranan dan amanah besar yang dimainkan Rasulullah SAW.

Justeru, penganjuran di Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) amat bertepatan sekali dalam mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW.

Pameran anjuran Manhajj Brothers Sdn. Bhd- yang dianjurkan bermula 22 Julai ini hingga 4 Ogos depan dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi kehadiran pengunjung selain menjadi platform bagi pengunjung untuk melihat sendiri artifak peninggalan Nabi Muhammad SAW. Antara artifak yang dipamerkan adalah Rambut, Janggut, Darah Bekam, Serban, Tongkat, Bekas Air Zamzam, Pasir Makam Rasulullah SAW dan Kunci Makam tersebut.

Artifak-artifak Iain adalah seperti Pedang Muaz Bin Jabal, Pedang Sultan Al-Fatih, Kiswah Kaabah Merah, Kiswah Kaabah Hijau dan Kunci Makam Saiditina Fatimah.

Turut dipamerkan senjata dan kelengkapan perang peninggalan Kerajaan Uthmaniah.

Dalam pameran ini, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat-maklumat menarik berkaitan semua artifak yang dipamerkan antaranya sirah Rasulullah, peristiwa peperangan dalam sejarah Islam, gerakan penyebaran Islam serta maklumat tentang para sahabat.

Menurut Dato Adi Putra , penganjuran pameran ini adalah satu langkah yang positif dalam memberi pendedahan serta menambah pengetahuan pengunjung tentang Islam bagi golongan muda terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

“Ini merupakan satu usaha yang baik dalam menarik minat pengunjung untuk lebih mengenali sejarah Rasulullah SAW serta Islam menerusi pameran artifak yang sarat dengan info-info berkaitan.

“Kami merancang agar pameran di PWTC ini akan menjadi satu acara tahunan dan membawa pameran ini ke negara – negara lain seperti Indonesia, Singapore, Brunei, Thailand, Filipina dan banyak lagi,” katanya.

Adi Putra berharap, peluang menjejakkan kaki ke ruang pameran berkenaan dapat mendekatkan diri dengan baginda serta meningkatkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

“Pengunjung pasti merasa teruja dapat melihat sendiri artifak ini di depan mata. Hanya dengan melihat pameran ini, dapat meningkatkan rasa cinta dan merasa dekat dengan Rasulullah SAW.

“Malah, pengisian pameran berkenaan sedikit sebanyak menerbitkan rasa rendah diri dan keinsafan diri untuk lebih mengenali Islam dengan lebih mendalam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *