Pameran Artifak Rasulullah sasar 150,000 pengunjung

Pameran Artifak Rasulullah sasar 150,000 pengunjung

KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2019 – Kira-kira 150,000 pengunjung dijangka hadir menyaksikan Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bermula 22 Julai ini hingga 4 Ogos depan.

Pameran anjuran sepenuhnya Manhajj Brothers Sdn, Bhd.(Manhajj Brothers) ini akan menampilkan lebih 40 artifak Rasululllah SAW, artifak Sahabat RA serta artifak kerajaan Uthmaniah.

Pengarah Urusan Manhajj Brothers, Datuk Anuar Hassan berkata, pameran ini akan member peluang kepada masyarakat untuk melihat sendiri artifak yang turut menjadi rakaman sejarah kehidupan dan perjuangan Baginda.

Beliau berkata, pameran ini juga bermatlamat untuk memberi pendidikan, sumber inspirasi dan pengetahuan kepada pengunjung mengenaià kegemilangan tamadun Islam.

“Antara artifak yang boleh dilihat ialah rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zamzam, pasir makam Rasulutlah dan kunci makam tersebut.

“Artifak Iain adalah pedang Muaz bin Jabal, pedang Sultan Al-Fatih, Kiswah Kaabah Merah, Kiswah Kaabah Hijau dan kunci Makam Saiditina Fatimah.

“Turut dipamerkan artifak peninggalan Kerajaan Uthmaniah seperti kunci, baju perang, tandu, al-Quran Ernas kiswah Kaabah, Kiswah Pintu Taubat di mana semua artifak ini merupakan koleksi dari Tanah Arabah seperti Mekah dan Madinah serta negara Yemen dan Turki,” katanya dalam siding media sempena pameran itu di Hotel Grand Dorsett Subang di hari ini.

Anuar berkata, pameran tersebut mendapat sokongan penuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Sementara itu, Anuar berkata, Kuala Lumpur menjadi destinasi pilihan selepas beberapa negeri sebelum ini seperti di Johor dan Melaka.

“Tiket masuk hanya RM20 untuk dewasa, RMIO untuk mahasiswa dan RM5 untuk kanak- kanak serta pameran dibuka setiap hari mulai pukul 10 pagi hingga 10 ma’am.

“Lebih menarik pameran ini menawarkan cabutan bertuah apabila pengunjung boleh membawa pulang hadiah utama iaitu motosikal Yamaha Y 15.

MANHAJJ BROTHERS SDN. BHD. 2A, Jalan USJ Heights 1/1C, WSJ
Avenue USJ Heights, 47610 Subang Jaya, Selangor

“Cabutan itu diadakan menerusi peraduan ‘Ride To Y-Suku’ di mana pengunjung hanya perlu mengambil gambar di Manhajj Photobooth Rasmi berharga RM15 yang melayakkan mereka mendapat satu nombor bertuah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *