KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2019 – Kehebatan tamadun Islam tidak boleh dinafikan kerana sejarah telah membuktikan memiliki kegemilangan yang panjang bukan sahaja menyinari dunia Islam tetapi menyumbang kepada kebangkitan peradaban dan kemajuan di barat sehingga hari ini.
Banyak artifak dan peninggalan berkaitan sumbangan Islam terhadap dunia masih boleh dilihat sehingga kini dan tidak lain adalah bertitik-tolak daripada peranan dan amanan besar yang dimainkan Rasulullah SAW.
Justeru, penganjuran di Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) amat bertepatan sekali dalam mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW.
Festival anjuran Manhajj Brothers Sdn. Bhd. yang dianjurkan bermula 22 Julai ini hingga 4 Ogos depan dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi kehadiran pengunjung selain menjadi platform dapat melihat sendiri artifak peninggalan Nabi Muhammad SAW seperti Antara artifak yang boleh dilihat ialah rambut, jangqut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zamzam, pasir makam Rasulullah dan kunci makam tersebut.
Artifak lain adalah pedang Muaz bin Jabal, pedang Sultan Al-Fatih, Kiswah Kaabah Merah, Kiswah Kaabah Hijau dan kunci Makam Saiditina Fatimah.
Turut dipamerkan adaiah senjata dan kelengkapan perang peninggalan Kerajaan Uthmaniah.
Dalam pameran ini, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat menarik berkaitan semua artifak yang dipamerkan antaranya sirah Rasulullah, peristiwa peperangan dalam sejarah Isiam, gerakan penyebaran Isiam serta makiumat tentang para sahabat.
Menurut Pengarah Urusan Manhajj Brothers, Datuk Anuar Hassan, penganjuran pameran itu adalah satu langkah yang positif dalam member pendedahan serta menambah pengetahuan mereka tentang Islam dalam golongan muda termasuk pelajar sekolah.
“Ini merupakan satu usaha yang baik dalam menarik minat pengunjung lebih mengenali sejarah Rasulullah SAW serta Islam menerusi pameran artifak yang sarat dengan info berkaitan.
“Kami merancang agar pameran di PWTC akan menjadi acara tahunan dan membawa pameran ini ke negara — negara lain seperti Indonesia, Singapore, Brunei, Thailand, Filipina dan banyak lagi,” katanya.
Anuar berharap,peluangmenjejakkan kaki keruang pameran berkenaan dapat mendekatkan diri dengan baginda serta meningkatkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
“Pengunjung pasti merasa teruja dapat melihat sendiri artifak ini di depan mata. Hanya dengan meiihat pameran ini dapat meningkatkan rasa cinta dan merasa dekat dengan Rasulullah SAW.
“Malah pengisian pameran berkenaan sedikit sebanyak menerbitkan rasa rendah diri dan keinsafan dirinya untuk lebih mengenali Islam,” katanya.