Dalam usaha memperkukuhkan sumber pendapatan baharu, Propel Global Berhad melangkah ke arena pembangunan hartanah menerusi projek Riverpoint yang mempunyai GDV sebanyak RM64 juta. Projek komersial sulung syarikat itu dibangunkan di lokasi strategik sepanjang Jalan Tanah Putih, Kuantan dan dijangka menjadi antara pembangunan tepi sungai paling eksklusif di bandar tersebut. Riverpoint terdiri daripada 31 unit lot kedai pegangan bebas tiga tingkat yang direka dengan konsep moden serta fleksibel untuk pelbagai kegunaan komersial. Kedudukannya yang berhadapan sungai dan berdekatan pintu masuk utama bandar memberikan nilai tambah kepada pemilik premis yang mengutamakan keterlihatan dan aksesibiliti. Dengan sokongan pembangunan infrastruktur serantau yang semakin rancak, termasuk ECRL dan pengembangan aktiviti di Pelabuhan Kuantan, Riverpoint dilihat berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pertumbuhan ekonomi serta peningkatan aktiviti perdagangan di Pantai Timur. Post navigation Sri Semantan Perkukuh Rangkaian Perniagaan, Sasar Tambah 30 Cawangan Di Seluruh Negara