PROGRAM PELANCARAN&PENYERAN MISI BAKUL MAKANAN KESIHATAN PRODUK ARTIS NASYID ANJURAN NAURAH CARE MALAYSIA DAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

PROGRAM PELANCARAN&PENYERAN MISI BAKUL MAKANAN KESIHATAN PRODUK ARTIS NASYID ANJURAN NAURAH CARE MALAYSIA DAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Bermula tahun 2020,Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia mengambil inisiatif mengerakkan 1 misi iaitu “Misi Bakul Makanan Barangan Asas”.Pihak Naurah Care Malaysia telah menyalurkan hampir 1000 bakul makanan ke sasaran tertentu di kawasan lembah Klang,Penang,Langkawi dan Pahang.Kempen ini telah berlangsung pada waktu pandemik yang lalu.

Bermula Fasa Pemulihan pada Oktober 2021.Naurah Care Malaysia mengerakkan 1 misi,iaitu “Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid”.

Pergerakan misi diatas adalah kesinambungan bagi misi bakul makanan barangan asas.Secara langsung, ianya menggembirakan golongan asnaf yang sangat terjejas di dalam tempoh pandemik covid-19.

Misi di atas juga membantu artis-artis nasyid yang terjejas teruk disebabkan pandemik covid-19 ini.Mereka langsung tidak dapat untuk menggerakkan sebarang aktiviti persembahan rakaman dan aktiviti yang lain.

Oleh yang demikian itu,hasil kolaborasi antara Naurah Care Malaysia dan artis-artis nasyid yang mempuyai produk,makan bermulalah Misi Bakul Kesihatan Produk Artis Nasyid.

Orang ramai,peminat-peminat artis nasyid,syarikat-syarikat korporat,agensi-agensi kerajaan berpeluang berkongsi rezeki dengan cara menyumbang ke Tabung Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid sebanyak RM70 1 bakul bagi mereliasasikan hasrat kami untuk menyerahkan sebanyak 3000 unit ke atas bakul makanan Produk Artis Nasyid kepada golongan asnaf diseluruh tanah air.

Daripada Anas bin Malik Ra,bahawa Nabi SAW bersabda :

اَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

  Maksudnya :”Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)