Pertandingan Badminton Tahunan Piala Hari Malaysia Yang Pertama Di Selayang Mall

Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian > ATTRACTION > Pertandingan Badminton Tahunan Piala Hari Malaysia Yang Pertama Di Selayang Mall

Pertandingan Badminton Tahunan Piala Hari Malaysia Yang Pertama Di Selayang Mall


Deprecated: class-oembed.php is deprecated since version 5.3.0! Use wp-includes/class-wp-oembed.php instead. in /home/memoucom/public_html/destina.my/wp-includes/functions.php on line 5513

Notice: Undefined property: stdClass::$height in /home/memoucom/public_html/destina.my/wp-content/plugins/embedplus-for-wordpress/embedplus.php on line 251

17 September 2022 – Di Selayang Mall, telah berlangsung kejohanan badminton Piala Hari Malaysia yang julung kali diadakan. Warisan Batu P115 dan Akademi Badminton Flying Spirit (FSBA) merupakan penganjur acara ini yang telah mendapat kelulusan Persatuan Badminton Selangor.

Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada komuniti di sana. Pertandingan badminton ini menjadi lebih meriah kerana disertai oleh wakil dari pelbagai negeri.

Selain itu, penganjur mempertandingkan pelbagai kategori dalam kejohanan tersebut yang menjadikan ia lebih rancak dan menyeronokkan.

Seterusnya, terdapat sesi bersama Wakil Warisan Parlimen Batu pada jam 2:00 petang. Beliau merasmikan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan memberikan sepatah dua kata kepada para hadirin yang terlibat dalam acara itu.