Filem Bangladesh, Din-The Day

Filem Bangladesh, Din-The Day

Filem Bangladesh terbitan Morteza Atashzamzam dari Iran, Din-The Day baru sahaja membuat debut dunianya di TGV, KlCC, terima kasih kepada Brainsb Productions Sdn Bhd.

2 watak utama filem Din-The Day pelakon suami isteri terkenal di Bangladesh iaitu Ananta Jalil dan Barsha turut hadir pada sesi tayangan di TGV Klcc ini.

Pelakon utama dan penerbit fiem itu, Ananta Jalil berkata setakat ini sambutan terhadap filem itu di negara ini amat memberangsangkan dengan kesemua tket untuk tayangan perdana di tiga skrin berasingan di TGV KLCC pada 16 Sept habis terjual.

Tayangan filem ini mendapat sambutan yang cukup menakjubkan khususnya daripada komuniti masyarakat Bangladesh di Malaysia yang membanjiri pawagam dan menyerbu selebriti pujaan mereka iaitu Ananta Jalil dan Barsha.

Ananta dan Barsha yang juga merupakan pasangan suami isteri berada bersama-sama penonton pada sesi tayangan di TGV KLCC dan di MMC City Square, Johor Bahru pada 18 September .

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Dr. Ahmad Ibrahim berkata penerbit tempatan diharap dapat mengambil peluang daripada hubungan baik ini bagi menjalin usaha sama penerbitan filem yang boleh dipasarkan di kedua-dua negara.

Ananta dan Barsha ketika bercakap dalam sidang media mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang menyokong filem Din The Day ini.Ananta berharap melalui tayangan filem ini di Malaysia nanti akan Memperkenalkan filem Bangladesh kepada rakyat Malaysia sekaligus mengeratkan lagi hubungan antara negara Malaysia dan Bangladesh.

Din The Day mengisahkan kejayaan polis Bangladesh dan Interpol menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menyasarkan pekerja imigran Bangladesh.