Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Perjalanan 10 Tahun MASDO Disemarakkan Dengan Momen Nostalgia
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Music
  • music

Perjalanan 10 Tahun MASDO Disemarakkan Dengan Momen Nostalgia

Helmi Aziz September 3, 2025 3 minutes read
1JDX4069

Malam Merdeka tahun ini diraikan dengan cara yang istimewa apabila kugiran retro moden kesayangan rakyat Malaysia, MASDO, menutup tirai bulan Ogos dengan konsert ulang tahun bersejarah berjudul “Al Kisah Kugiran MASDO 10 Tahun” di Zepp Kuala Lumpur. Acara anjuran Hitman Solutions bersama Kugiran MASDO ini menjadi sambutan penuh warna yang menghimpunkan ribuan peminat sambil mengimbau perjalanan sedekad muzik mereka yang sarat dengan kenangan, cabaran dan pencapaian. Malam tersebut bukan sekadar penghargaan terhadap perjalanan 10 tahun MASDO, tetapi juga simbolik semangat Hari Kemerdekaan Malaysia melalui kuasa penyatuan muzik.

Sorakan penonton bergema sebaik sahaja lampu pentas menyala. Sebelum tirai konsert dibuka dengan lagu “Teruna & Dara”, sebuah tayangan visual perjalanan MASDO sejak tahun 2015 dipertontonkan di layar besar, mencetuskan rasa nostalgia mendalam. Dari saat itu, tenaga konsert tidak pernah surut. Lagu lagu kegemaran seperti “Janji Manis”, “Dinda” dan “Ratu Hati” dinyanyikan bersama oleh peminat dengan penuh semangat sehingga memenuhi seluruh dewan.

Persembahan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran artis jemputan yang membawa keunikan masing masing. Heidi Moru tampil mengiringi MASDO dengan lagu “Pujaanku” yang diberikan sentuhan baharu. Noh Salleh kemudian memikat perhatian melalui persembahan “Inilah Jalannya” sebelum kembali bersama kumpulan Hujan dengan “Janji Manis”. Suasana mencapai kemuncak apabila Hujan menggegarkan pentas dengan lagu ikonik “Aku Scandal” yang disambut sorakan padu penonton. Malam itu turut diserikan dengan persembahan biola Nisa dan petikan kibod Cakam menerusi “Ratu Hati”, manakala Fizan dari Bittersweet meninggalkan kesan mendalam dengan lagu “Nearly Near You”. Setiap artis jemputan memberikan warna berbeza yang menjadikan konsert ini benar benar istimewa.

Rangkaian lagu ikonik MASDO termasuk “Bunga” dan “Berduka Lara” menambahkan lagi nilai sentimental sepanjang malam. Pada penghujung konsert, ribuan peminat mengangkat telefon bimbit mereka dan mencipta pemandangan lautan cahaya yang seakan simbolik perjalanan 10 tahun MASDO serta semangat kemerdekaan.

Pengurus MASDO, Cheman, menyatakan rasa syukur atas sambutan luar biasa:
“Malam ini bukan hanya untuk kami sebagai kugiran, tetapi juga untuk keluarga besar MASDO, khususnya peminat yang sentiasa bersama sejak awal. Kami bermula dengan impian kecil dan malam ini kami mendengar ribuan suara menyanyikan setiap bait lirik bersama kami. Itulah hadiah paling berharga buat MASDO. Terima kasih kerana menghidupkan impian ini selama 10 tahun dan memastikan muzik retro moden terus segar hingga kini.”

Sorakan penonton tidak pernah berhenti sejak lagu pertama hingga ke akhir persembahan. Ada yang menyifatkan konsert ini sebagai seakan perjalanan kembali ke era kegemilangan muzik retro, manakala sebahagian lagi menganggapnya sebagai persembahan terbaik MASDO setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions, Rohit Rampal, turut memuji kejayaan konsert bersejarah ini dengan berkata bahawa muzik retro moden tidak sekadar nostalgia, sebaliknya terus berkembang dan semakin gemilang. MASDO, katanya, telah berjaya membina legasi tersendiri dan malam itu merupakan detik penting bukan hanya untuk mereka, tetapi juga untuk industri muzik Malaysia.

“Al Kisah Kugiran MASDO 10 Tahun” menjadi lebih daripada sebuah konsert. Ia adalah perayaan muzik, persahabatan dan kasih sayang yang menyatukan MASDO dengan peminat mereka. Bertepatan dengan Hari Kemerdekaan Malaysia, malam penuh kenangan di Zepp Kuala Lumpur itu membuktikan bahawa selepas sedekad, MASDO masih kekal segar, relevan dan terus menapak sebagai kugiran retro moden nombor satu di Malaysia.

Hitman Solutions dan Kugiran MASDO turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan penaja serta rakan kerjasama yang menjayakan malam penuh bersejarah ini. Konsert ini dianjurkan bersama Warner Music Malaysia, dengan sokongan Tourism Malaysia, serta mendapat kerjasama media termasuk Astro Gempak sebagai Rakan Media dan Sinar FM, Era FM serta Gegar FM sebagai Rakan Radio.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: 4th Motormaniac Annual Event Set to Attract Over 30,000 at Kuala Lumpur’s Skyline Rooftop
Next: HELLO BAM BAM – Drama TikTok CSR Menyentuh Isu Mental & Sosial Remaja

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
MTR Penang_carousel_v3 -01
  • Arts & Culture
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • News

Satukan Ahli Majlis, Konsert Ella Edisi 60 Permata Biru Bakal Gegar Utara

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.