Kuala Lumpur, 3 November 2023 – Sambutan Deepavali akan diadakan di Suria KLCC. Perayaan ini bertemakan “ Gemerlapan Taman Cahaya”. Acara ini bermula dari 3 November hingga 15 November 2023 ini. Semua pengunjung di jemput hadir bagi memeriahkan lagi perayaan yang memukau ini. Nikmati lah pemandangan yang menarik selama acara ini berlangsung di Suria KLCC. Terdapat rekaan taman yang di hiasi bunga-bunga yang indah dan hayunan buaian yang menjadi tarikan pengunjung untuk merakam detik indah ini.
Dekorasi “kolam” interaktif bersaiz 20 kaki bakal menyambut pengunjung di ‘Centre Court’. Ianya mampu berputar dan memancarkan cahaya mengikut interaksi pengunjung. Suasana bakal dimeriahkan lagi dengan hiasan sebuah replika burung merak setinggi tujuh kaki. Ekor interaktif sepanjang 32 kaki mampu berkembang penuh gemalai dan begemerlapan mengikut interaksi pengunjung. Diilhamkan daripada bunga tiruan serta beras berwarna, ianya seolah olah hidup.
Hiasan berwarna warni beserta penataan lampu dan kesan bunyi bakal bakal membangkitkan semangat perayaan cahaya ini.
Pada hujung minggu pula, para pengunjung bakal disajikan dengan persembahan n tarian tradisional kaum India di ‘Centre Court’. Alunan lagu lagu Deepavali terpilih juga boleh dinikmati di seluruh pusat membeli-belah untuk meningkatkan suasana perayaan ini.
“Deepavali ialah masa yang amat bermakna, ianya melambangkan kejayaan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan pengetahuan mengatasi kejahilan. Di Suria KLCC, kami bertekad untuk bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah sempena perayaan yang tidak dapat dilupakan, tetapi juga budaya yang memupuk hubungan dan persefahaman erat dalam komuniti kami,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. 2
Untuk memeriahkan lagi sambutan kempen sambutan Deepavali ini, pembeli yang membuat pembelian berjumlah RM600 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan memperoleh e-Baucar membeli belah Suria KLCC bernilai RM50.
Pusat Beli-Belah Alamanda
Sambutan Deepavali di Alamanda Putrajaya bermula pada 28 Oktober dan akan berakhir pada 13 November. Pengunjung bakal disajikan dengan hiasan yang meriah, termasuk “kolam” berwarnawarni yang dicahayai untuk mebangkitkan perasaan bertuah dan bernasib baik bagi penganut agama Hindu.
Bagi menambahkan keseronokan, pengunjung yang membelanjakan RM300 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khusus, Baucar Beli-belah Alamanda bernilai RM30 bakal menanti.
Pusat Beli-Belah Mesra Mall
Dari 8 hingga 19 November, di Mesra Mall Kemaman, sentuhan perayaan Deepavali dijelmakan melalui hiasan reka bentuk “kolam” yang dihasilkan daripada tepung beras. Terdapat juga tarikan lain seperti burung merak dan saree bagi meningkatkan suasana perayaan dan melahirkan semangat perayaan.