Sebuah produk yang berasaskan getah asli daripada Syarikat Fipper Marketing Sdn. Bhd. telah melebarkan jaringan butik Fipper di Pavillion Bukit Jalil yang dirasmikan oleh Pengarah Urusan Fippper, Mr. Jee Von. Fipper Marketing Sdn. Bhd. selaku pengeluar kasut/selipar berjenama secara eksklusif menjadi pengeluar selipar jenis (slip on) yang direka khas dalam kolaborasi bersama Syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines). Selipar keluaran kali ini, sesuai untuk kegunaan lelaki dan perempuan dengan rekaan logo Malaysia Airlines di atas tali selipar tersebut sebagai kekuatan gandingan dua jenama besar ini.
Selain itu, Fipper yang sentiasa mengutamakan keselesaan pengguna kini mempelbagaikan rekaan selipar dan warna agar bersesuaian dengan generasi masa kini yang sangt mementingkan gaya dan penampilan serta mengekalkan penggunaan getah asli sebagai asas dalam setiap selipar keluarannya dan boleh didapati pada harga yang mampu milik.
Pada 26 Mac 2022, sebuah produk terbaru iaitu ‘Fipper Shine’ khas untuk para wanita yang mementingkan gaya dan keselesaan telah dilancarkan dengan ciri-ciri rekaan yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Pengurus dan Pengasa Fipper iaitu Mr. Jack Lim, Mr. Jean, dan Mr. Danny serta rakan kolaborasi dari Syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) turut menghadiri Majlis Pelancaran dan Perasmian ini. Penyanyi terkenal yang berasal dari Korea Selatan iaitu Han Byul juga ditampilkan khas dengan persembahan yang hebat bagi memeriahkan suasana majlis yang berlangsung.
Ini kali pertama Han-Byul dijemput oleh Fipper bagi membuat persembahan. “Saya kagum kerana jenama ini milik Malaysia. Saya selalu nampak kedai Fipper, saya ingat ini adalah jenama luar negara. Rupanya ia adalah produk tempatan”. Ujar Han-Byul sewaktu ditemui semasa majlis pelancaran butik terbaru milik Fipper.