PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI SARAWAK 2021

Menurut STATISTIK PERDAGANGAN LUAR SARAWAK, BAGI penerbitan TAHUN RUJUKAN 2021, perdagangan di Sarawak meningkat dua digit pada 2021 berbanding tahun sebelumnya. Permintaan luar yang kukuh dan kos komoditi yang meningkat merupakan pemacu utama peningkatan ini. Selaras dengan klasifikasi komoditi yang teliti, penerbitan ini menunjukkan statistik perdagangan Sarawak dengan rakan dagangan dari segi jumlah dan nilai komoditi.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata “Jumlah dagangan Sarawak pada tahun 2021 meningkat 27.8 peratus daripada RM118.1 bilion kepada RM150.9 bilion. Imbangan dagangan terus mencatatkan lebihan dengan nilai RM52.7 bilion, meningkat 45.1 peratus daripada tahun sebelumnya”.

Mengulas lanjut berhubung prestasi perdagangan Sarawak, Ketua Perangkawan Malaysia menyatakan, ” Selari dengan prestasi dagangan Sarawak, eksport dan import juga menunjukkan trend yang sama. Pada tahun 2021, eksport meningkat 31.8 peratus kepada RM101.8 bilion, manakala import naik sebanyak 20.1 peratus tahun ke tahun kepada RM49.1 bilion. Pengembangan dalam eksport seiring dengan permintaan yang lebih tinggi dari Semenanjung Malaysia (+RM5.3 bilion), China (+RM4.9 bilion), India (+RM4.3 bilion), Jepun (+RM3.1 bilion) dan Kenya (+RM1.8 bilion), manakala bagi import disumbangkan oleh peningkatan import terutamanya dari Semenanjung Malaysia (+RM3.3 bilion) dan China (+RM1.7 bilion), diikuti oleh Indonesia (+RM761.7 juta), Australia (+RM619.5 juta) dan Singapura (+RM609.1 juta). Berdasarkan barangan, peningkatan eksport disumbangkan terutamanya oleh gas asli cecair (+RM6.3 bilion, +21.8%), minyak kelapa sawit (+RM3.9 bilion, +35.5%), petroleum mentah (+RM3.3 bilion, +45.5%), aluminium (+RM2.7 bilion, +53.1%) dan kondensat & minyak petroleum lain (+RM2.0 bilion, +64.3%). Manakala, import dipacu oleh keluaran petroleum bertapis (+RM1.0 bilion, +64.1%), bijih aluminium & konsentrat (+RM973.4 juta, +52.3%) dan pelbagai keluaran kimia, tstl. (+RM720.9 juta, +34.6%). Semenanjung Malaysia merupakan rakan dagangan utama yang menyumbang 25.3 peratus kepada jumlah perdagangan Sarawak, diikuti oleh China (17.9%), Jepun (15.1%), Republik Korea (6.7%) dan India (6.6%). Lima rakan dagangan ini merangkumi 71.6 peratus daripada jumlah perdagangan Sarawak pada tahun 2021”.

Tinjauan Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas Isi Rumah (HIES/BA) 2022 akan dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022, manakala Tinjauan Ekonomi Tahunan 2022 (AES 2022) akan dijalankan dari 15 April hingga 30 September 2022. Penyertaan responden terpilih dalam membantu DOSM mengumpul data dan melaksanakan tinjauan ini dengan jayanya amat dihargai oleh DOSM. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.dosm.gov.my. Selain itu, DOSM mengeluarkan maklumat ekonomi dan sosial suku tahunan dan tahunan melalui PocketStats, yang boleh diakses melalui portal DOSM atau pautan https://bit.ly/PocketStatsS1 2022.