Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Pentas Akhir Muzikal Lawak Superstar 4 Semakin Hampir, Kumpulan Manakah Bakal Bergelar Juara?
  • Entertainment

Pentas Akhir Muzikal Lawak Superstar 4 Semakin Hampir, Kumpulan Manakah Bakal Bergelar Juara?

Helmi Aziz November 11, 2024 (Last updated: November 11, 2024) 2 minutes read
ASTRO_6657

Program komedi terkemuka, Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), kini semakin meriah menjelang kemuncak musim ini.

Pada minggu kelapan yang baru sahaja berakhir, kumpulan Putehh yang dianggotai oleh Ali, Man, dan Aya sekali lagi membuktikan dominasi mereka apabila berjaya mengekalkan gelaran ‘Gempak Superstar of The Week’ untuk kali kedua berturut-turut. Dengan perolehan markah sebanyak 69.19%, Putehh muncul sebagai kumpulan teratas, diikuti rapat oleh Zuara dan Padie yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Lebih menarik, kumpulan Sarkas dan Deroyan juga berjaya mengesahkan tempat mereka ke pentas akhir, menjadikan minggu ini tanpa sebarang penyingkiran.

Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4)

Minggu separuh akhir ini menyaksikan semua kumpulan memukau juri dan penonton dengan persembahan yang penuh kreativiti dan kelainan. Zuara, yang meraih 64.68% markah, tampil dengan sketsa yang segar dan menghiburkan, manakala Padie di tempat ketiga dengan 63.88% turut menyajikan persembahan yang tidak kurang hebat. Kumpulan Sarkas yang memperoleh 63.16% markah juga berjaya mencuri perhatian dengan lawak yang bersahaja dan spontan. Walaupun Deroyan memperoleh markah terendah dengan 57.27%, mereka tetap berpeluang untuk beraksi di pentas akhir, meningkatkan lagi suasana debaran menjelang acara kemuncak.

Pentas akhir MLS4 yang bakal ditayangkan pada 17 November, dijangka menyaksikan pertembungan sengit antara lima kumpulan hebat ini. Setiap kumpulan akan membawakan dua sketsa yang penuh kejutan, berlatar tempat yang berbeza, dan dibantu oleh selebriti jemputan khas. Tanpa penyingkiran, kelima-lima kumpulan mempunyai peluang sama rata untuk merebut gelaran juara MLS4.

Peminat pastinya tidak sabar menantikan setiap persembahan dan elemen komedi baru yang akan dipersembahkan. Sebagai pentas terakhir, setiap kumpulan akan berusaha sehabis baik untuk menambat hati juri dan meraih undian tertinggi. Juara musim ini bakal membawa pulang gelaran Muzikal Lawak Superstar yang akan tercatat dalam sejarah dunia komedi Malaysia.

Siapakah yang bakal muncul sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan episod kemuncak yang penuh dengan gelak tawa dan aksi luar biasa pada 17 November, jam 9 malam, secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107) serta di platform On Demand, Astro GO, dan sooka.

Berikut adalah senarai markah penuh bagi minggu ke-8 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’:
1. Putehh – 69.19%
2. Zuara – 64.68%
3. Padie – 63.88%
4. Sarkas – 63.16%
5. Deroyan – 57.27%

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Penundaan Rock Warrior Music Festival Ke Mei 2025
Next: Ronnie Hussein Lancar Single Terbaharu Berjudul ‘Benar Aku Cinta’

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.