Illy, jenama kopi premium yang terkenal di seluruh dunia, kini mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan rasmi cawangan terbaru di NU Sentral, Kuala Lumpur. Langkah strategik ini membawa kopi berkualiti tinggi Illy Caffè lebih dekat kepada para pencinta kopi di ibu kota.
Università del Caffè (UDC) Illy turut melebarkan sayapnya ke Malaysia, menawarkan kursus-kursus berkaitan kopi yang direka untuk semua peringkat, daripada pemula hingga kepada calon barista profesional. Universiti kopi ini tidak hanya memfokuskan kepada pendidikan pengguna, tetapi juga menyokong petani kopi di seluruh dunia. Melalui perkongsian pengetahuan dan teknologi terkini, UDC membantu petani menghasilkan biji kopi terbaik dan memastikan mereka menerima pampasan yang setimpal. Illy bekerjasama rapat dengan petani dari kawasan pengeluaran utama seperti Brazil, Amerika Tengah, India, dan Afrika.
Pembukaan cawangan Illy Caffè di NU Sentral turut disertai dengan pelancaran menu Maritozzi yang baru, membawa hidangan Itali klasik ini ke pasaran Malaysia. Hidangan Maritozzi yang lazat diperkenalkan secara eksklusif oleh chef selebriti tempatan, Anis Nabilah.
“Saya sangat teruja dengan kerjasama ini bersama Illy Caffè, di mana kami memperkenalkan variasi Maritozzi yang menakjubkan. Kami menawarkan enam pilihan savory seperti Mushroom Pesto, Smoked Salmon with Mascarpone, Beef Bresaola dengan Homemade Habanero Jam, Truffled Scrambled Egg with Chicken Sausage, Spicy Tuna Mayonnaise, dan Prawn Paprika. Selain itu, kami juga ada pilihan manis seperti Classic Maritozzo, Pistachio & Salted Caramel Maritozzo, Raspberry Maritozzo, dan Tiramisu Maritozzo. Saya berharap semua orang akan teruja dengan hidangan baru ini,” jelas Anis Nabilah dengan penuh semangat.
Acara pembukaan hari ini juga diserikan dengan penampilan khas dari ALVN dan Anis Nabilah, yang pasti menjadikan suasana lebih meriah dan menarik perhatian para peminat kopi.
Direka dengan elemen estetik moden Itali, Illy Caffè di NU Sentral menawarkan suasana yang selesa dengan tempat duduk yang luas dan pelbagai kemudahan seperti titik pengecasan, sesuai untuk golongan korporat dan pelancong yang ingin menikmati pengalaman kopi yang luar biasa. Lokasi ini turut meraikan keunikan budaya Malaysia melalui pelbagai tawaran menarik dan akan terus mengumumkan pelancaran produk baru yang dinantikan.
Maritozzi, hidangan tradisional dari Itali yang berasal dari zaman Rom kuno, kini diolah dengan sentuhan moden untuk memenuhi citarasa kontemporari. Pelanggan boleh memilih antara variasi manis dan savory, dalam saiz penuh atau mini, menjadikannya sempurna untuk dinikmati bersama kopi Illy. Komitmen Illy Caffè adalah untuk memperkaya pengalaman kopi di Malaysia dengan memperluaskan jangkauan mereka bukan sahaja di kedai, tetapi juga secara dalam talian dan di pejabat.
“Kami sangat teruja dengan pembukaan Illy Caffè di NU Sentral. Saya yakin para pelanggan akan menyukai hidangan Maritozzi yang baru kami perkenalkan, yang sangat sempurna untuk dinikmati bersama campuran kopi premium Illy. Kami juga merancang pelbagai aktiviti menarik dalam suasana yang selesa ini, menjadikan setiap kunjungan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” kata Filippo Migliuolo, wakil Illy Caffè.
Kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan pembukaan cawangan terbaru Illy Caffè di NU Sentral dan pelancaran eksklusif Maritozzi ini.