PCG DAN PCC MEMETRAI PERJANJIAN MENGHASILKAN BAHAN KIMIA KHUSUS BERSAMA

PCG DAN PCC MEMETRAI PERJANJIAN MENGHASILKAN BAHAN KIMIA KHUSUS BERSAMA

Kuala Lumpur – PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham (SSPA) dengan PCC SE untuk memperoleh 50% saham dalam anak syarikatnya di Malaysia, PCC Oxyalkylates Malaysia Sdn Bhd (PCC-OM), menandakan kemasukannya ke pasaran oxyalkylates yang sedang berkembang.

Oxyalkylates adalah sekumpulan bahan kimia yang terdiri daripada etoksilat, surfaktan bukan ionik, dan poliol polieter. Bahan kimia ini digunakan untuk pembuatan pelbagai produk akhir. Etoksilat digunakan antara lain, dalam pembuatan bahan cuci, produk penjagaan rumah dan produk penjagaan diri, sementara poliol polieter digunakan untuk menghasilkan tilam busa dan aplikasi bahan-bahan upholsteri. Permintaan bagi kedua-dua bahan kimia ini dijangka meningkat terutamanya di kawasan Asia Tenggara (SEA) dan Asia Pasifik.

PCC SE, yang beribu pejabat di Duisburg, Jerman, adalah pesaing surfaktan global dengan pengetahuan mapan yang diperoleh selama beberapa dekad dalam pengembangan dan pengeluaran surfaktan dan poliol. Ia telah menubuhkan PCC-OM pada tahun 2017 dengan tujuan untuk memasuki pasaran sekitar rantau Asia.

Dengan pemerolehan ini, PCG dan PCC SE merancang untuk membina kemudahan oxyalkylates di dalam Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih, Terengganu untuk menghasilkan etoksilat dan poliol polieter. Pembinaan kemudahan itu dijangka akan dimulakan pada tahun 2021 sementara pengeluaran dijadualkan untuk dimulakan pada tahun 2023. Kedua-dua syarikat tersebut juga berhasrat untuk menubuhkan pusat penyelidikan dan pengembangan (R&D) bersama di PCC-OM untuk memastikan tahap inovasi yang tinggi dan memenuhi keperluan pelanggan individu.

Kerjasama strategik ini memanfaatkan kekuatan kedua-dua syarikat; PCG sebagai salah satu pesaing kimia terkemuka di SEA dan PCC SE dengan rangkaian produk dan formulasi kimia yang luas dalam menyediakan pelbagai aplikasi. Kerjasama itu akan membolehkan PCC-OM memberikan penyelesaian inovatif bernilai tinggi kepada pelanggan di pasaran oxyalkylates di rantau ini.

Mengulas mengenai pemerolehan tersebut, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG Datuk Sazali Hamzah berkata, “Ini merupakan satu lagi kejayaan bagi PCG dalam usaha kami mengembangkan segmen perniagaan bahan kimia khusus Kumpulan. Kami gembira dapat bekerjasama dengan PCC SE, pesaing surfaktan global, dalam usaha pertama kami memasuki pasaran oxyalkkylates, kerana pengalaman, kepakaran dan kemampuan mereka memberikan strategi yang sesuai dengan rancangan pertumbuhan kami. Kami akan terus meneroka pelaburan dalam lebih banyak teknologi dan aset yang akan mengembangkan portfolio bahan kimia bernilai tinggi, seterusnya mengekalkan kesinambungan masa hadapan PCG. ”

Waldemar Preussner, Pengerusi Lembaga Pentadbiran PCC SE, menyatakan: “Melalui usaha sama ini, kami meningkatkan pengembangan perniagaan teras surfaktan dan poliol PCC di pasaran Asia yang sedang berkembang. Loji PCG di Kertih adalah sangat sesuai bagi tujuan ini kerana adanya bahan mentah dan infrastruktur yang sangat baik serta akses pelabuhan langsung. Ini akan dapat memastikan pengeluaran dan kos logistik yang kompetitif. Projek ini membolehkan kami memanfaatkan pengetahuan yang telah kami perolehi sejak beberapa dekad dalam pengeluaran oxyalkylates di kemudahan kami dan pusat R&D baharu bagi pelanggan di Asia akan mewujudkan jalan untuk mengembangkan portfolio produk kami. Dengan PCG, kami telah menemui rakan strategik yang kuat untuk pelaburan ini dan juga untuk kolaborasi berpotensi yang lain dalam industri kimia. ”

Mengenai PETRONAS Chemicals Group Berhad

PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) merupakan pengeluar bahan kimia bersepadu terulung di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Kami merupakan pengendali loji bersepadu bertaraf dunia daripada pengeluaran bahan mentah sehingga kepada produk hiliran. Dengan jumlah kapasiti sebanyak 12.8 juta tan metrik setahun (mtpa), aktiviti perniagaan kami melibatkan pengeluaran, pemasaran dan penjualan beraneka produk bahan kimia, termasuk olefin, polimer, baja, metanol serta produk bahan kimia dan derivatif asas. Disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad dengan pengalaman selama tiga dekad di dalam industri petrokimia, PCG telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Kumpulan PETRONAS untuk memaksimumkan nilai daripada sumber gas asli Malaysia.

PCG adalah antara 10 syarikat daripada 200 syarikat terbesar mengikut permodalan pasaran, yang tersenarai dalam Indeks FTSE4 Good Bursa Malaysia (F4GBM). Kami terus komited untuk memastikan amalan perniagaan kami adalah selaras dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat global bagi Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG).

Maklumat lanjut boleh didapati di www.petronaschemicals.com.my