Blog

  • Pas Pelabur Strategik akan tarik lebih banyak FDI dan DDI

    Pas Pelabur Strategik akan tarik lebih banyak FDI dan DDI

    LANGKAH untuk memperkemas peranan penggalakan pelaburan selain Pas Pelabur Strategik dan Pas Lawatan Profesional Nomad Digital, akan memudahcara usaha menjalankan perniagaan serta menjana pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) di Malaysia.

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, tiga elemen tersebut merupakan elemen pengupaya yang penting bagi menyokong ekosistem pelaburan dan perindustrian negara ini.

    Malah, tegasnya, ini akan turut membolehkan Malaysia untuk memanfaatkan secara strategik aspek mereka bentuk semula rantaian bekalan global yang menyaksikan banyak syarikat multinasional (MNC) menyasarkan ASEAN sebagai destinasi penempatan semula atau pengalihan dalam menjamin keselamatan barisan pengeluaran masing-masing dengan lebih baik.

    “Pelaksanaan inisiatif bagi jangka masa terdekat ini turut melengkapkan pendekatan strategik yang sedang dimuktamadkan oleh MITI di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang akan mentransformasi segenap teras industri pembuatan kita.

    “Pada masa sama, ini juga dapat membantu kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk berdaya maju dan cekap kos ke pasaran Asia Tenggara dan Asia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

    Usaha memudahcara terbabit telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada petang tadi.

    Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata, dari segi memperkemas fungsi sebanyak 31 agensi penggalakan pelaburan sedia ada, MITI telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengurangkan pertindihan peranan serta tanggungjawab agensi berkenaan.

    Penekanan itu turut membabitkan aspek menangani pelbagai isu yang berbangkit di sepanjang perjalanan pelabur di negara ini.

    Beliau berkata, ini termasuk tindakan memperkukuh perkara seperti membimbing dan penjagaan pasca pelaburan untuk pelabur dengan tumpuan ke atas usaha merealisasikan FDI dan DDI yang diluluskan dalam tempoh masa singkat.

    “Kerajaan juga akan secara proaktif mengeluarkan Pas Pelaburan Strategik yang membolehkan kemasukan ke Malaysia pada asas kemasukan pelbagai bagi pelabur yang diluluskan.

    “Langkah ini akan dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang membolehkan pelabur strategik dapat tinggal di negara ini bagi tempoh minimum lima tahun dan dengan kemungkinan lanjutan selama lima tahun lagi,” katanya.

    Selain itu, bagi membantu menangani kekurangan tenaga kerja atau bakat industri berkemahiran tinggi serta profesional yang kritikal, kerajaan akan memperluas skop Pas Lawatan Profesional Nomad Digital untuk merangkumi kemahiran berkaitan pembuatan.

    “Menerusi pas ini, profesional yang layak seperti pereka elektrik dan elektronik (E&E) dan litar bersepadu boleh berpindah ke Malaysia dan bekerja bebas sehingga dua tahun,” katanya. – Bernama

    Sumber

  • Belanjawan 2024: MoF adakan siri libat urus

    Belanjawan 2024: MoF adakan siri libat urus

    KEMENTERIAN Kewangan (MoF) akan meneruskan sesi libat urus Belanjawan 2024 secara fizikal dan dalam talian bagi mendapatkan input pelbagai pihak untuk pembentangan belanjawan itu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

    Selain siri libat urus yang akan diadakan sebagai susulan majlis libat urus yang berlangsung di MoF di sini pada Jumaat, beliau berkata, siri jelajah ke negeri-negeri juga akan diadakan bersama rakan sejawatannya Steven Sim Chee Keong bagi tujuan sama.

    “Setiap cadangan yang diterima sama ada secara fizikal atau dalam talian akan diteliti oleh pelbagai pihak, dikumpul dan dikoordinasikan sebelum pembentangan Belanjawan 2024 yang dijadual pada 13 Oktober depan,” katanya dalam sidang media selepas sesi libat urus Belanjawan 2024 di MoF itu.

    Libat urus bertemakan “Memperkasa Malaysia Madani” itu antaranya dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

    Sesi yang berlangsung lebih dua jam itu turut dihadiri oleh lebih 150 individu daripada pelbagai kementerian dan agensi serta pihak pemain industri antaranya Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (Pikom), Dewan Usahawan Industri Desa (DUID) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    Ahmad berkata orang ramai juga dialu-alukan memberikan pendapat dan input mengenai Belanjawan 2024 menerusi https://belanjawan.mof.gov.my/ms/. – Bernama

    Sesi Libat Urus Belanjawan 2024 memberi ‘cahaya’ dalam perancangan ekonomi negara.

    Dalam pada itu, keterbukaan Anwar mendengar pandangan daripada wakil industri dan pelbagai organisasi ketika mengadakan pembentangan dalam majlis Sesi Libat Urus Belanjawan 2024 pada Jumaat memberi ‘cahaya’ dalam perancangan ekonomi negara.

    Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, UKM (MINDA- UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, Perdana Menteri meletak kerangka utama Belanjawan 2014 ‘Memperkasa Ekonomi Madani’.

    Katanya, dua serampang iaitu merancakkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat mesti difikir serentak.

    “Belanjawan mesti memberi impak kepada rakyat. Bagaimana ia boleh merancakkan ekonomi negara agar menjadi destinasi pelaburan global, mengukuhkan teras ekonomi berpaksi pengetahuan dan inovasi, meneraju ekonomi Islam serta menjaguhi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

    “Perlu dilihat juga bagaimana manfaatnya dapat terus dikecapi rakyat. Hari ini, untuk kick-off Belanjawan 2024, saya anggap berjaya,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook pada Jumaat.

    Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Anwar dan Kementerian Kewangan di atas kejayaan tersebut.

    “Moga negara kita terus maju untuk kita semua,” jelasnya.

    Sumber

  • Ringgit terus naik berbanding dolar AS empat hari berturut-turut

    Ringgit terus naik berbanding dolar AS empat hari berturut-turut

    Ringgit meneruskan kenaikan kukuh bagi hari keempat berturut-turut berbanding dolar AS untuk ditutup tinggi pada Jumaat. - Gambar hiasan

    Ringgit meneruskan kenaikan kukuh bagi hari keempat berturut-turut berbanding dolar AS untuk ditutup tinggi pada Jumaat. – Gambar hiasan

    RINGGIT meneruskan kenaikan kukuh bagi hari keempat berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup tinggi pada Jumaat memandangkan kenaikan itu bersifat tertangguh, dengan pertimbangan bahawa ringgit telah berada pada kedudukan terlebih jual untuk beberapa ketika, kata seorang pakar ekonomi.

    Pada 6 petang, mata wang tempatan melonjak 545 peratusan mata (pip) kepada 4.5255/5280 berbanding dolar AS daripada 4.5800/5845 ketika ditutup pada Khamis.

    Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, berdasarkan Kadar Pertukaran Efektif Nominal (NEER), ringgit masih terkurang nilai, menunjukkan kenaikan ringgit adalah berkemungkinan.

    “Kadar semasa dolar AS/ringgit telah melepasi paras sokongan RM4.5491, dan buat masa ini, paras sokongan seterusnya terletak pada RM4.4872,” katanya kepada Bernama.

    Di peringkat tempatan, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama pada penutupan dagangan hari ini.

    Unit domestik tinggi berbanding euro kepada 5.0799/0827 daripada 5.1168/1218 ketika ditutup pada khamis dan juga meningkat berbanding pound British kepada 5.9338/9371 daripada 5.9861/9919.

    Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 3.2659/2679 daripada 3.3069/3103.

    Mata wang tempatan itu juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang negara Asean lain.

    Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0689/0814 daripada 13.2481/2673 ketika penutupan semalam serta tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.4263/4287 daripada 3.4553/4590.

    Unit domestik meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 302.5/302.8 daripada 305.9/306.4 serta naik berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.33 daripada 8.40/8.41. – Bernama

    Sumber

  • Tesla buka tempahan Model Y di Malaysia bermula RM199,000

    Tesla buka tempahan Model Y di Malaysia bermula RM199,000

    Model Y dijangka mula diserahkan kepada pelanggan pada awal tahun depan.

    Model Y dijangka mula diserahkan kepada pelanggan pada awal tahun depan.

    TESLA mengumumkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Model Y elektrik sepenuhnya kini boleh ditempah di negara ini mulai Jumaat ini pada pada harga bermula RM199,000.

    Menerusi laman sesawangnya, Tesla yang bakal membuat kemunculan rasmi di pasaran Malaysia minggu depan memaklumkan, Model Y dijangka mula diserahkan kepada pelanggan pada awal tahun depan.

    SUV tersebut yang boleh ditempah menerusi pautan tesla.com/en_my/modely/tesla.com/en_my menjadi model elektrik paling laris di dunia selain tersenarai sebagai antara kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan lima bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP.

    Mengikut perinciannya, kenderaan itu didatangkan dalam tiga varian iaitu versi Model Y [pacuan roda belakang dan pecutan hingga 100 kilometer perjam (km/j) dalam masa 6.9 saat] yang dijual pada harga RM199,00.

    Model Y jarak jauh (pacuan semua roda dan dwi-motor) pula ditawarkan pada harga bermula RM246,000 dengan jarak pemanduan lebih jauh iaitu 533 kilometer (km).

    Kelajuan maksimum varian itu adalah 217km/j dengan pecutan 0-100km/j dalam masa lima saat.

    Varian terakhir adalah Model Y prestasi tinggi (pacuan semua roda dan dwi-motor) dengan harga bermula RM288,000.

    Laman sesawang Tesla memaparkan SUV Model Y boleh ditempah pada harga bermula RM190,000.

    Laman sesawang Tesla memaparkan SUV Model Y boleh ditempah pada harga bermula RM190,000.

    Varian berkenaan menawarkan jarak pemanduan 514km dan lebih laju dengan kelajuan maksimum 250km/j dan pecutan 0-100km/j dalam masa 3.7 saat sahaja.

    Ketiga-tiga varian itu ditawarkan bergantung kepada konfigurasi trenkuasa dan selain memberi pilihan untuk memadankan ciri autopilot dan full self driving (FSD).

    Kenderaan berkenaan menawarkan lima pilihan warna iaitu Pearl White Multi-Coat, Solid Black, Midnight Silver Metallic, Deep Blue Metallic dan Red Multi-Coat.

    ARTIKEL BERKAITAN:Kerjasama Elon Musk bawa puluhan ribu peluang pekerjaan – PM

    ‘Selamat datang Tesla’ – Amirudin

    Anwar, Elon Musk bincang tingkat capaian internet

    Beri peluang syarikat tempatan hasilkan kenderaan elektrik

    Anwar bertemu Elon Musk secara maya esok

    Sumber

  • McDonald’s Malaysia and KL Tower Celebrate an Iconic International French Fry Day

    McDonald’s Malaysia and KL Tower Celebrate an Iconic International French Fry Day

    In a historic event for International French Fry Day, McDonald’s Malaysia and KL Tower collaborated on a stunning display that included “The Tallest French Fry in Malaysia,” lighting up the night sky of Kuala Lumpur. The landmark KL Tower will be transformed into a gigantic McDonald’s French Fry on July 13, 2023, from 8:00 p.m. to 11:59 p.m., symbolising the union of two beloved figures that will always have a special place in Malaysians’ hearts.

    Powered by Malaysians’ love for this iconic snack, the event served as a tribute to the unwavering popularity of the McDonald’s French Fries amongst Malaysians, young and old. This remarkable celebration showcased how McDonald’s French Fries bring people together, spark conversations, and have become one of the most loved and essential items on the restaurant’s menu.

    The collaboration between McDonald’s Malaysia and KL Tower was made even more special with the addition of Malaysian music icon, Dato’ Sheila Majid, the renowned and beloved ‘Queen of Jazz,’ who brought her own brand of musical magic to this momentous celebration. As the face of the event, Sheila Majid, who has made a mark in the region and brought recognition to Malaysia, helped celebrate these beloved icons loved by all Malaysians by infusing her unmatched musical talent and charm to create an unforgettable experience.

    We are thrilled to partner with KL Tower for this special celebration. This collaboration gives us an opportunity to celebrate Malaysian’s enduring love for the McDonald’s French Fries, their unwavering pride in KL Tower, and the timeless melodies of Sheila Majid. Tonight’s event is a heartfelt tribute and expression of gratitude to our loyal customers, as we strive to create unforgettable experiences that celebrate the joy these icons bring to Malaysians’ lives,” said Melati Abdul Hai, Vice President and Chief Marketing Officer, McDonald’s Malaysia.

    In recognition of its creative and one-of-a-kind approach for the celebration of International French Fry Day, McDonald’s Malaysia also received a nod from the prestigious Malaysian Book of Records for ‘The Tallest French Fry in Malaysia.’ The Certificate of Achievement was presented by Jwan Heah Yeow Hooi, Chief Marketing Officer, Malaysia Book of Records to Melati during the event.

    “The recognition from the Malaysian Book of Records affirms our commitment in finding new and creative ways to engage with Malaysians from all walks of life. It also showcases McDonald’s dedication to serving not only delicious food, but creating feel-good moments for our customers. This would not have been possible without the continued support from Malaysians across the nation,” added Melati.

    Aside from this visual spectacle, McDonald’s also introduced exciting customers activations in conjunction with this celebration. During the period between 8.00 pm and 11.59 pm on 13 July 2023, anyone who took a selfie with ‘The Tallest French Fry in Malaysia’ were eligible to redeem a small McDonald’s French Fries for free with any McValue Meal purchase at any McDonald’s restaurant across the nation.

    To further extend the celebration, from 14 to 16 July 2023, customers who purchase any medium or large McValue Meal are eligible to order a small McDonald’s French Fries for just RM2.*

    For more details on the exciting line-up McDonald’s has in store for International French Fry Day, visit www.mcdonalds.com.my

  • Wellspire jadi pengedar eksklusif produk Cundo Food

    Wellspire jadi pengedar eksklusif produk Cundo Food

    ANAK syarikat milik penuh Wellspire Holdings Berhad (Wellspire) di Malaysia secara rasmi menjadi pengedar eksklusif produk Cundo Food Co Ltd’s (Cundo) melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Thailand.

    Ketua Pegawai Eksekutif Wellspire, Mo Guopiao berkata, menerusi perjanjian baharu, Wellspire akan memiliki hak pengedaran eksklusif untuk mengedar produk kek bersalut coklat berperisa susu, strawberi dan raspberi serta coklat di rantau yang ditetapkan.

    Menurutnya, ia sekali gus memberi hak pengedaran pertama Wellspire di luar Thailand selama tiga tahun bermula 13 Julai 2023 sehingga 12 Julai 2026.

    “Pendapatan dalam segmen makanan ringan di Malaysia dan Singapura dijangka berjumlah kira-kira AS$3.4 bilion (RM15.86 bilion) dan AS$336.9 juta (RM1.57 bilion) masing-masing pada 2023 serta dijangka berkembang setiap tahun sebanyak 7.9 peratus termasuk 5.41 (CAGR 2023-2028).

    “DPO International melaporkan di Malaysia sahaja, pasaran kuih-muih bernilai lebih daripada AS$5.5 bilion (RM24.9 bilion) pada 2021, dengan unjuran CAGR sebanyak 6.14 peratus sehingga 2025.

    “Segmen itu dijangka menunjukkan pertumbuhan volum sebanyak 3.6 peratus pada 2022 dan berjumlah 1,364.7 meter-kilogram (mkg) menjelang 2025,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

    Jelas Guopiao, pasaran kuih-muih dan makanan ringan di Asia Tenggara diunjur berkembang sebanyak 18.47 peratus (2023-2027) menghasilkan volum pasaran lebih daripada AS$3 billion (RM13,58 bilion) menjelang 2027.

    Mengulas lebih lanjut, Guopiao berkata, di Thailand pasaran kuih-muih bernilai lebih daripada AS$5.6 bilion pada 2021 dengan unjuran CAGR sebanyak 4.03 peratus sehingga 2025 dan ia dijangka menunjukkan pertumbuhan volum sebanyak 3.8 peratus pada 2022 serta berjumlah 1,411.2 mkg menjelang 2025.

    Sementara itu, Pengerusi Cundo, Chen Hongjie berkata, permintaan terhadap makanan ringan yang sihat dan berkualiliti di tiga negara itu semakin meningkat.

    “Produk kami telah melalui penyelidikan dan pembangunan yang meluas untuk memastikan kualiti dan rasa mereka memenuhi permintaan pengguna dan yakin penduduk tempatan akan menikmatinya.

    “Selain itu, kami percaya rangkaian dan sambungan Wellspire dalam pasaran tempatan akan dapat memberikan hasil yang mantap dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan Wellspire bagi memperkenalkan lebih banyak produk di tiga negara ini pada masa hadapan,” ujarnya.

    Sumber

  • Cameron Ultra (CULTRA) Celebrates New Records and Milestones

    Cameron Ultra (CULTRA) Celebrates New Records and Milestones

    The annual Cameron Ultra marks the 6th edition for the year 2023, saw a total of almost 2,500 runners from around the world gather to tackle the multiple challenging categories courses, ranging from 4km (junior category), to 14km, 30km, 60km, and 100km (for open categories).

    The event’s fastest time in the 100km distance was set by Hisashi Kitamura, who raced across the finish line in an impressive 12 hours 1 minute and 7 seconds. This new record adds to the growing list of accomplishments for the Cameron Ultra.

    International participation has also reached new heights with 450 runners from various countries taking part in the race. The event’s global appeal has grown significantly, with a 35% increase in international participants compared to the previous editions.

    This year’s edition introduced a few notable differences from previous events – with new challenging technical courses for all categories, which included additional elevation gain, providing participants with a more challenging and exhilarating experience. Additionally, the introduction of 4km distance gives junior runners (12-17 years old) the chance to experience Cameron Ultra Race and nurture the new generation of ultra trail runners. With the addition of this new category, the event now offers four race options.

    CULTRA is also excited to announce the sponsorship by Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) as a new member of sponsor partner for CULTRA edition 2023. Their commitment to excellence aligns perfectly with our goals, making them an ideal partner for our venture.

    In addition, one of CULTRA 2023 safety Check Point (CP), has been sponsored by Big Big Place Village and with their generous support, we can now enhance the overall experience for our participants, supporters and community. We will have the opportunity to introduce new features, improve existing offerings, and explore innovative ideas that will take CULTRA 2023 to a higher level.

    The Cameron Ultra has a reputation for being a test of endurance and resilience, and this year was no exception. The coldest temperature recorded during the event reached a chilling 11°C, adding an additional element of challenge to the race.

    Without fail, CULTRA every year will include Corporate Social Responsibility (CSR) Programme and this year CULTRA has organize plogging, tree planting, community bonding with Kg. Panggen, and they’ve also introduced recycling effort for this year. All the CSR activities has been participated by SWCorp, MyCEB, AlamFlora, Persatuan Pandu Puteri Malaysia and Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Cameron Highlands.

    CULTRA continues to grow in popularity and prestige. With a total of four race categories, a record number of participants, and new course challenges, the event has truly solidified its place in the trail running world.

    For more information about Cameron Ultra, please visit https://www.boltevents.asia/cultra or contact Zulkiflee Zainal (Operation Director) at 0172769900.

  • Bursa Malaysia terus mengukuh – Sinar Harian

    Bursa Malaysia terus mengukuh – Sinar Harian

    MINAT belian baharu melibatkan saham wajaran tinggi terpilih, di tengah-tengah prestasi positif dalam kalangan bursa serantau lain mendorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini.

    Pada 9.44 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 6.77 mata kepada 1,403.00 daripada 1,396.23 pada penutupan Khamis.

    Indeks utama dibuka pada paras 1,399.53, meningkat 3.30 mata.

    Pergerakan harga di pasaran juga positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 356 berbalas 185, manakala 315 kaunter tidak berubah, 1,401 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

    Jumlah dagangan 801.82 juta unit bernilai RM279.81 juta.

    Menurut Malacca Securities dalam nota penyelidikannya hari ini, pasaran tempatan dijangka terus pulih kerana dana asing kini telah bertukar kedudukan menjadi pembeli bersih sejak dua hari lepas.

    “Saham berharga murah pula dilihat terus membina momentum pemulihan masing-masing, mengambil kesempatan daripada sentimen pasaran yang positif. Dengan tekanan inflasi yang semakin reda di Amerika Syarikat, pergerakan menaik boleh kekal dalam tempoh terdekat.

    “Memandangkan prestasi semalaman Nasdaq yang begitu baik, kami terus memihak kepada sektor teknologi,” katanya.

    Sementara itu, ia menambah harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih kukuh dan pemulihan permintaan dari India seharusnya meningkatkan sektor perladangan.

    Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing menambah 3.0 sen untuk mencatatkan harga RM8.76, RM3.95 dan RM9.13, CIMB melonjak 7.0 sen kepada RM5.27 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.77.

    Bagi saham aktif, Classita menokok 2.0 sen kepada 16 sen, KNM Group lebih tinggi 1.0 sen menjadi 9.0 sen, Widad Group peroleh setengah sen kepada 42.5 sen dan Naim Holdings naik 6.0 sen kepada 90.5 sen.

    Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 49.99 mata kepada 10,352.22, Indeks FBMT 100 meningkat 50.11 mata untuk mencatatkan paras 10,039.37 dan Indeks FBM ACE mengukuh 51.33 mata kepada 5,263.85,

    Indeks FBM 70 pula menambah 75.38 mata kepada 13,680.35 manakala Indeks FBM Emas Syariah meningkat 36.15 mata kepada 10,620.08.

    Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 104.53 mata kepada 15,649.69, Indeks Perladangan meningkat 2.52 mata menjadi 6,898.19 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian memperoleh 0.22 mata untuk mencatatkan 161.29, manakala Indeks Tenaga meraih 8.66 mata kepada 819.84. – Bernama.

    Sumber

  • PPIM DEDAH INSTITUSI PERBANKAN JUAL KES HUTANG LAPUK KEPADA PIHAK KETIGA

    Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan mengenai syarikat pemungut hutang yang bertindak melampaui batas sehingga mengugut rakyat untuk mendapatkan kembali hutang.

    Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata terdapat beberapa kes yang disiasat oleh PPIM mendapati syarikat pihak ketiga atau ‘debt collector’ ini tidak dipantau oleh mana- mana agensi kerajaan.

    “Mereka sewenang-wenangnya bertindak mengugut mangsa tanpa mempertimbangkan usaha mangsa dalam menyelesaikan hutang berkenaan,” katanya.

    Tambah Nadzim, walaupun had kebankrapan telah dinaikkan, pihak pemungut hutang tidak mempedulikan undang-undang itu malah mengugut untuk melelong harta yang bukan milik mangsa.

    “Kami sudah semak dengan Bank Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kewangan, semua syarikat yang kami dedahkan nama kepada pihak Bank Negara tidak dipantau oleh mereka atau agensi mahupun kementerian,” katanya.

    Lebih memburukkan keadaan, aktivis PPIM yang mengendalikan kes memaklumkan pihak BNM memberi maklumbalas syarikat-syarikat ini mungkin akan dipantau pada tahun 2035.

    Dalam satu sidang media hari ini, PPIM bersama seorang mangsa mendedahkan beliau diugut oleh syarikat pemungut hutang walaupun sudah beberapa kali cuba berunding dengan syarikat pemiutang sejak dari awal.

    Mangsa berkata selepas kehilangan pekerjaan, beliau menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan lain namun tidak pernah berhenti untuk berusaha menjelaskan hutang beliau yang tertunggak berjumlah RM15,000.

    Mangsa yang menetap di rumah keluarga milik bapanya berkata syarikat pengutip hutang mengugut untuk melelong rumah yang didiami oleh keluarga itu walaupun geran rumah berkenaan tidak mempunyai nama mangsa dan dimiliki oleh bapanya.

    Nadzim berkata, PPIM menggesa pihak berkuasa bertindak lebih tegas dan segera memastikan syarikat yang membeli fail hutang lapuk daripada institusi perbankan dikawalselia segera dan dipantau mengikut peruntukan undang-undang.

    “Seluruh negara sedang sakit, sakit fizikal, mental akibat tekanan kewangan, mengapa syarikat begini dibiarkan menekan rakyat dan mengugut mereka tanpa belas kesihan, siapa pemimpin negara yang akan tampil bantu rakyat kita,” katanya.

  • Iktiraf usahawan guna media sosial majukan perniagaan

    Iktiraf usahawan guna media sosial majukan perniagaan

    MAJLIS Anugerah Agropreneur Agrobank (AAA) 2022 yang diadakan di sebuah hotel pada Khamis mencipta kelainan apabila buat pertama kalinya penganjur memperkenalkan Anugerah Agropreneur Viral.

    Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, anugerah baharu itu dibuat bagi mengiktiraf usahawan yang aktif menggunakan media sosial untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

    Menurutnya, ianya bagi menyuntik semangat tiga penerima yang terpilih menjadi contoh kepada usahawan yang lain untuk turut aktif menggunakan medium itu bagi mempromosikan perusahaan masing-masing.

    “Anugerah baharu ini membuktikan peranan media sosial penting dalam membantu mempromosikan perusahaan masing-masing untuk dikenali dan mendapat tempat dalam pasaran semasa,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Anugerah Agropreneur Agrobank (AAA) 2022 yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Khamis.

    Turut hadir, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

    Jelas Tengku Ahmad Badli, untuk tahun ini sebanyak 1,457 usahawan mikro kecil telah dibantu membabitkan dana berjumlah RM2.8 juta yang sebahagiannya merupakan wang zakat.

    ”Anugerah itu juga bertujuan untuk mengiktiraf kejayaan pelanggan Agrobank dalam membangunkan dan mengembangkan perniagaan berasaskan pertanian.

    “Hal ini dapat dilaksanakan melalui penglibatan Agrobank Centre of Excellent (ACE) di mana kami menyediakan perkhidmatan berkonsepkan latihan keusahawanan merangkumi seni urus kewangan, pemasaran digital, pengembangan perniagaan, pengurusan perniagaan dan sebagainya, khusus buat para usahawan Agrobank dalam melengkapkan dan memperkasakan kemahiran soft skills mereka,” katanya.

    Mohd Sabu (enam dari kiri) dan Tengku Ahmad Badli (empat dari kanan) bersama pemenang pada Majlis Anugerah Agropreneur Agrobank (AAA) 2022 yang diadakan di sebuah hotel pada Khamis. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

    Mohd Sabu (enam dari kiri) dan Tengku Ahmad Badli (empat dari kanan) bersama pemenang pada Majlis Anugerah Agropreneur Agrobank (AAA) 2022 yang diadakan di sebuah hotel pada Khamis. – Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

    Tambahnya lagi, setakat ini 1,020 peserta telah mendapat manfaat daripada program-program yang telah dilaksanakan oleh ACE.

    Pada majlis anugerah kali ini, terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan antaranya Anugerah Agopereneur Muda; Anugerah Agropreneur Mikro; Anugerah Agropreneur orang kelainan upaya OKU; Anugerah Agropreneur Wanita; Anugerah Pelanggan Setia (Individu) dan Anugerah Pelanggan Setia (Syarikat) dan Anugerah Khas-Ikon Inkubator.

    Pemenang anugerah membawa pulang sebuah trofi, sijil dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM70,000.

    Sementara itu, penerima Anugerah Agropreneur OKU, Rahim Yusoff, 56, ketika ditemui berkata, kejayaan tidak akan datang tanpa usaha.

    Beliau yang membawa pulang wang tunai RM5,000 sijil serta trofi memberitahu, bermula membela tiga ekor lembu kini dia mempunyai lebih 15 ekor lembu yang diternak di Kampung Bukit Pulau Condong, Machang, Kelantan.

    “Alhamdulillah, kami turut mengusahakan jualan telur masin, cuka kecil-kecilan di bawah jenama ‘Poksu Mie’,” katanya.

    Sumber