Ringgit dibuka tinggi, data IHP AS dijangka rendah

NILAI ringgit dibuka agak tinggi pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mata wang AS mencatatkan penurunan kerana pasaran menjangkakan data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan esok adalah lebih rendah. Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.6605/6650 berbanding dolar AS daripada 4.6685/6725 pada penutup Isnin. Ketua…

Read More

Bursa dijangka pulih sebaik persekitaran monetari stabil

Abdul Wahid – Foto Bernama PRESTASI Bursa Malaysia dijangka pulih apabila kadar faedah global menjadi lebih stabil, seterusnya mengembalikan minat dan aliran masuk asing ke rantau ini, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar. Malaysia menyaksikan aliran keluar asing bersih sebanyak RM4.2 bilion pada separuh pertama 2023 berikutan perbezaan kadar faedah Malaysia-Amerika…

Read More

Kerjasama Malaysia-Tesla melangkaui sektor EV – Tengku Zafrul

Tengku Zafrul pada sidang media selepas merasmikan prapelancaran Pameran Mobiliti Elektrik Antarabangsa (IEMS) 2023 pada Isnin. – Foto Bernama POTENSI kerjasama di antara Malaysia dan Tesla bukan sahaja terhad kepada sektor kenderaan elektrik (EV) semata-mata tetapi turut membabitkan sektor lain, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata, akan…

Read More

Tony Fernandes jual semua saham QPR, tumpu bisnes penerbangan

KETUA Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah menjual keseluruhan pegangan sahamnya dalam QPR Holdings Ltd, syarikat induk Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR). Dalam kenyataan pada Isnin, Capital A menjelaskan tindakan strategik ini, yang akan membolehkan beliau menumpukan masa dan usaha bagi mengembangkan perniagaan digital AirAsia dan Capital A, adalah…

Read More

Skyworld tawar saham 80 sen seunit

(Tiga dari kiri) Datuk Seri Ng Thien Phing bersama barisan Lembaga Pengarah SkyWorld Development Berhad. SYARIKAT pemaju hartanah, SkyWorld Development Berhad menawarkan harga saham 80 sen seunit dengan nilai dagangan sebanyak 16.42 juta menerusi Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas SkyWorld, Datuk Seri Ng Thien Phing berkata, sebelum ini…

Read More

Velum Labs, NACSA bangun keupayaan siber negara

Velum Labs dan NACSA dalam satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sempena pelancaran CYDES 2023 di ibu negara pada Isnin SEBUAH firma keselamatan dan risikan siber berpangkalan di Malaysia, Velum Labs Sdn Bhd (Syarikat Sapura) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi mengukuhkan, mempromosi dan membangunkan keupayaan siber negara secara strategik….

Read More

NIMP 2030: Negeri utara turut terima manfaat

Liew Chin Tong (kanan) melihat produk yang dihasilkan ketika mengadakan lawatan ke sebuah syarikat pembuatan di Sungai Petani pada Isnin. NEGERI-negeri di Utara Semenanjung Malaysia terutama Pulau Pinang, selatan Kedah dan utara Perak akan turut menyaksikan lebih banyak pertumbuhan ekonomi selaras pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew…

Read More

Majlis Pelancaran GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair Berserta Sesi Temu Mesra Simon Yam Dengan Peminat

Rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara & Malaysia GINTELL, telah melancarkan kerusi urut Siri Wellness Chair iaitu GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair. Ia merupakan kerusi urut yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi “8-Hands Twin Rollers” iaitu fungsi urutan dwi- tangan di mana ia memfokuskan bahagian atas badan, bahu dan…

Read More

Pemeriksaan Kesihatan Percuma pada 8 Julai 2023

Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur (PKAKL) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia. Ahsana KL ialah NGO yang memfokuskan rumah kebajikan dan aktiviti/program khusus untuk INSAN ISTIMEWA. Ahsana KL memfokuskan untuk membantu insan istimewa yang dihantar oleh Pihak JKM, Gelandangan yang tiada waris atau kehilangan ibu bapa atau mereka yang…

Read More

Bank Islam Pertingkat Kempen Al-Awfar

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Bank)  melancarkan versi akaun pelaburan eksklusifnya, Al-Awfar, yang ditambah baik dan  didatangkan dengan lebih ganjaran buat para pelanggan baharu dan sedia ada. Al Awfar Baharu – Wow! Banyaknya! menawarkan pelbagai hadiah menarik yang  berjumlah lebih RM18 juta dan memperkenalkan sepuluh (10) kategori baharu. Pelanggan Al-Awfar kini berpeluang memenangi…

Read More