NUSA FEST- 3 NEGARA, 1 LOKASI PENYATUAN

NUSA FEST- 3 NEGARA, 1 LOKASI PENYATUAN

Pada 4 dan 5 Februari 2023, Sabtu dan Ahad, bermula jam 2 petang. di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangganya mempersembahkan kepada orang ramai festival yang akan mencampurkan tiga negara: Malaysia, Indonesia, dan Singapura dalam satu lokasi dan keterujaan.

FESTIVAL yang tergendala hampir 2 tahun disebabkan oleh pandemic COVID-19 ini akan kembali dengan lebih meriah dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! Sudah lama rasanya, angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.

Festival ini bakal menyaksikan kemunculan band-band dan penyanyi solo hebat tiga negara. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival. Untuk dua hari para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.

Untuk menambahkan debar di hati para peminat konsert khususnya, nama-nama ini akan diumumkan kelak fasa demi fasa.

Peminat muzik nusantara berpeluang untuk mendapatkan tiket PRE SALE dengan harga RM200 akan mula di jual mulai 1 Disember hingga 6 Disember di www.myticket.asia.

Diikuti dengan tiket Early BIRD berharga RM300 pada 6 Disember hingga 9 Disember.

Tiket BUNDLE OF 4 dijual pada harga RM1200 pada 9 Disember dan NORMAL TICKET pada 9 Disember dengan harga RM350 untuk dua hari persembahan.

“NUSA FEST” ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan lagi industry muzik nusantara.

NUSA FEST 2023

Tarikh: 4&5 Februari 2023

Masa: Mulai jam 2pm

Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur

Website: www.shirazprojects.com

Harga tiket: PRE SALE- RM200 (1 December, 12pm to 6 December, 4pm)

        EARLY BIRD- RM300 (6 December, 4pm to 9 December, 4pm)

        BUNDLE OF 4- RM1200 (6 December, 4pm to Event Day)

        NORMAL TICKET- RM350 (6 Dcember, 4pm to Event Day)

Tiket: www.myticket.asia

Tiket Hotline: 03 8605 0196

Info Hotline: 012 2560082

Instagram: nusafest.my

Facebook: Nusa Fest

Laman Web: www.nusafest.com