Festival KL River Jazz 2022

Festival KL River Jazz 2022

Dengan bantuan Persatuan Pekerja Malaysia, Biro Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, bahagian Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan, dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mengambil inisiatif untuk menganjurkan Festival Jazz Sungai KL 2022, yang telah diadakan di lokasi River of Life pada 26 dan 27 November 2022 bermula jam 3 petang hingga 12 malam.

Ianya membariskan para artis dan penggiat Jazz terkenal dalam dan luar Negara dan pastinya menjadi acara yang hebat dan mempunyai prestijnya yang tersendiri.

Menurut Khairul Azmir bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur penganjuran festival ini adalah didasari oleh beberapa perkara , dan yang utamanaya bagi mengaktifkan kembali aktiviti persembahan yang melibatkan artis dalam nuansa Jazz tempatan.

“ Kami sedar para pemuzik dan artis sememangnya telah bercuti panjang sepanjang era pendemik , dan ini merupakan ikhtiar DBKL untuk menyokong penggiat Jazz tempatan pula . Sebelum ini juga DBKL telah mengadakan pelbagai persembahan dalam pelbagai genre seperti Pop Yeh Yeh , Rock , Tradisional dan lain-lain.

Objektif keduanya pula ialah sebagai medium promosi pelancongan Kuala Lumpur , dimana lokasi pentas yang dipilih iaitu Guiding Gallery , River of Life yang terletak berhampiran Jalan Mahkamah Persekutuan merupakan lokasi ikonik Kuala Lumpur. Para penonton bakal menikmati persembahan berlatar belakang pemandangan indah titik penumpuan antara dua (2) sungai: Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Festival KL River Jazz 2022 telah menggabungkan para artis Jazz terkenal antarabangsa seperti SORE (Indonesia) , Mike Price ( Australia ) Joe Rosenberg ( USA ) dan para maestro Jazz tempatan seperti Steve Thornton, Michael Veerapen, Atilia, Dasha Logan , Junji Delfino, Lewis Pragasam, Fly Halizor, John Thomas, Rozhan Rahman, Eric Li, Zahid Ahmad, Razak Rahman, Jazztified , RT2. Attap Jazztrad, Rhythm & Sax dan ramai lagi pastinya bakal menggamit kehadiran ramai, tambahan ianya diadakan secara PERCUMA dilokasi yang sesuai kepada seisi keluarga.