Lotus’s Malaysia (Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd) kini menawarkan pelbagai baucar percuma dan diskaun sehingga 50% kepada pelanggan yang ingin menikmati produk pilihan, bermula hari ini. Selepas 19 tahun beroperasi dan berkhidmat kepada komuniti di Shah Alam dan kawasan sekitarnya, Lotus’s Malaysia telah memberi wajah baharu kepada cawangan Shah Alam dengan lebih daripada sekadar pengecatan semula bangunan.
Pelbagai tawaran menarik kini tersedia, termasuk peluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM24,000 melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan untuk pelanggan.
Cawangan Lotus’s Shah Alam yang terletak di Jalan Aerobik, Seksyen 13, kini berdiri megah dengan keluasan 9,000 meter persegi, telah menjalani transformasi besar untuk memenuhi keperluan pembelian, bukan sahaja kepada pengguna biasa, tetapi juga pengendali perniagaan, peruncit makanan, perkhidmatan HoReCa (Hotel, Restoran, dan Kafe), serta organisasi amal. Lotus’s Shah Alam telah direka semula dengan format serupa stor hibrid yang terdapat di Puchong, namun dalam versi yang lebih kecil. Stor ini menawarkan lebih 13,000 produk, termasuk lebih 280 produk HoReCa seperti barangan keperluan memasak, hasil segar, produk pembersihan rumah, dan makanan dalam tin.
Untuk pengalaman membeli-belah yang lebih menguntungkan, pelanggan kini boleh menikmati tawaran nilai yang lebih besar untuk barangan terpilih apabila membeli dalam kuantiti yang lebih banyak.
Antara tawaran istimewa sempena Hari Pertama (5 Disember 2024) termasuk jualan Ayam segar pada harga serendah RM5.99 (terhad kepada 1,000 ekor sahaja), anggur merah pada RM5.49/kg, tomato segar pada RM0.99/kg, Telur Gred C Lotus’s (30 biji) pada RM9.90, Chocomalt Lotus’s 1kg pada RM10, serta peralatan elektrik seperti Philips Air Fryer pada harga RM159 dan Pensonic Stand Fan pada RM79.
Acara dan hadiah menarik lain yang disediakan kepada pelanggan di Shah Alam termasuk:
Sampel Produk & Hadiah Percuma di Ruangan Ceria-Yah:
- Nikmati sampel produk dari jenama terkenal seperti Yeo’s, Coca-Cola, Nutella, KitKat, dan banyak lagi.
- Paparan Hari Natal dan pilihan hadiah dari gerai pameran KitKat & Nutella.
- Percuma Yeo’s Chinese New Year Fortune Cat Cup dengan pembelian minimum 3 karton minuman Yeo’s terpilih.
- Peluang memenangi Tesla Model 3 atau kamera filem pakai buang berjenama Coca-Cola (terhad kepada 500 pemenang sahaja) dengan pembelian RM28 dan ke atas dari produk Coca-Cola terpilih seperti: Coca-Cola, Coca-Cola Zero, Sprite, Fanta, A&W, Fuze Tea, Authentic Tea House, Minute Maid and Schweppes.
Menangi Hadiah E-Baucar Lotus’s & Goody Bag (5–8 Disember 2024):
- Siapa Cepat, Dia Dapat: Belanja RM80 dalam satu resit bagi mendapatkan peluang memenangi produk Lotus’s bernilai RM10 (8 pagi–10 pagi; 50 pemenang setiap hari).
- Timbang, Pastu Menang: Capai minimum berat troli sebanyak 30kg bagi mendapatkan peluang memenangi baucar Lotus’s RM10 (10 pagi–1 tengah hari & 5 petang–8 malam; 300 pemenang setiap hari).
- Cabutan Bertuah: Belanja minimum RM120 dalam satu resit dan berpeluang memenangi e-baucar Lotus’s bernilai RM200 (terhad kepada 4 pemenang sahaja).
- Tiga ahli baru My Lotus’s berpeluang untuk memenangi jongkong emas Poh Kong seberat 10 gram yang bernilai RM4,300 atau e-baucar Lotus’s bernilai RM500 (terhad kepada 10 pemenang sahaja).
Keistimewaan Tambahan untuk Ahli My Lotus’s Sedia Ada
- Ahli My Lotus’s akan menikmati 3X mata ganjaran My Lotus’s apabila membeli-belah di Lotus’s Shah Alam (5 Disember – 8 Disember 2024).
- Berbelanja minimum RM100 dan berpeluang memenangi e-baucar Lotus’s bernilai RM5 atau barangan jenama Lotus’s di Claw Machine yang terdapat di Lotus’s Shah Alam. (terpakai untuk ahli sedia ada dan ahli baharu My Lotus’s).
- Jimat! Lagi Jimat! – Nikmati baucar tunai sehingga RM5 (dengan perbelanjaan minimum RM90 untuk pembelian seterusnya, boleh ditebus dari 12 Disember hingga 18 Disember 2024) untuk ahli My Lotus’s yang berbelanja minimum RM100 dalam satu resit di Lotus’s Shah Alam.
Aktiviti dan Tawaran Menarik di Pusat Membeli-Belah Lotus’s (5 Disember – 8 Disember 2024)
- Singgah di gerai pameran eksklusif IndoMie di tingkat satu Lotus’s Shah Alam, bertentangan dengan Gintell, untuk mencuba sampel dan membeli IndoMie dengan perisa Korea terbaru – Fiery Chicken dan Spicy Mushroom. Dengan pembelian minimum satu pek perisa Korea baharu, pelanggan berpeluang untuk memutar Lucky Spin Wheel dan memenangi barangan eksklusif IndoMie, termasuk beg galas 3D, beg membeli-belah, dan dompet syiling. (5 Disember – 22 Disember 2024)
- Dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Shah Alam, pelanggan berpeluang bertemu dengan kambing kerdil Jojo dan Nina bersama rakan-rakannya di Mini Petting Zoo yang terletak di Tingkat Satu, berhampiran pintu masuk pasar raya dari 5 Disember – 8 Disember 2024, dan 14 Disember – 15 Disember 2024.
- Serlahkan bakat dan kreativiti anda dengan menyertai DIY Perler Beads dan Gelang di Bengkel Seni dan Kraftangan yang terletak berhampiran Mini Petting Zoo (siapa cepat, dia dapat dan terhad kepada 30 peserta dari 5 Disember – 8 Disember dan 14 – 15 Disember 2024).
- Berpeluang untuk membawa pulang hadiah PERCUMA apabila anda membuat tempahan di roadshow kereta Proton dan Mitsubishi yang terletak di Aras Bawah.
- Jualan hujung minggu Car Boot menawarkan barangan seperti pakaian terpakai, pakaian kanak-kanak, makanan ringan, mainan, makanan segera, dan produk kosmetik.
- Nikmati diskaun sehingga 50 peratus atau promosi beli 1 percuma 1 di kedai-kedai penyewa pusat membeli-belah yang mengambil bahagian.
- Menu RAHMAH serendah RM5 untuk item terpilih di medan selera cawangan ini.
Cawangan Lotus’s Shah Alam adalah pasar raya keenam yang telah menjalani proses pengubahsuaian besar-besaran, memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik dengan dekorasi baharu serta penambahbaikan paparan produk di bahagian elektrik, hasil segar, daging, makanan laut, dan bakeri. Lotus’s telah melabur lebih RM9 juta dalam menaik taraf cawangan-cawangannya, termasuk di Shah Alam, untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih baik.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran hebat dan aktiviti menarik untuk seisi keluarga di Lotus’s Shah Alam, layari saluran rasmi Lotus’s Malaysia di Facebook dan Instagram.