Niaga hadapan emas ditutup rendah seiring dengan Comex

Harga emas fizikal pada AS$1,994.45 setiap auns troy seperti yang diterbitkan Persatuan Pasaran Jongkong London semasa penetapan pada 3 November. Foto hiasan

Harga emas fizikal pada AS$1,994.45 setiap auns troy seperti yang diterbitkan Persatuan Pasaran Jongkong London semasa penetapan pada 3 November. Foto hiasan

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup ditutup rendah hari ini seiring dengan penyusutan dalam niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat.

Pada penutupan dagangan, kontrak bagi November 2023 menguncup kepada AS$1,995.20 setiap auns troy daripada AS$1,998.50 setiap auns troy dan Disember 2023 susut kepada AS$2,005.10 setiap auns troy daripada AS$2,008.40 setiap auns troy.

Kontrak bagi Januari 2024, Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup pada AS$2,014.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan turun kepada 141 lot daripada 305 lot pada Jumaat lepas.

Sumber