Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • MISINYA BERMULA SEMULA: EJEN ALI KEMBALI MENGGEGAR PANGGUNG!
  • Entertainment
  • Filem
  • News

MISINYA BERMULA SEMULA: EJEN ALI KEMBALI MENGGEGAR PANGGUNG!

Helmi Aziz May 20, 2025 (Last updated: May 20, 2025) 3 minutes read
Poster EATM2

Misi baharu kini bermula! Ejen Ali kembali dengan lebih mendebarkan dalam sekuel yang dinanti-nantikan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2). Filem ini membuka tirai dengan tayangan perdana penuh gemilang di IOI City Mall Putrajaya malam ini, sekaligus menandakan kemunculan semula francais animasi tempatan paling berpengaruh ke layar perak. Dengan sentuhan teknologi animasi 3D yang memukau dan naratif penuh aksi serta pengembaraan, EATM2 membawa penonton menyusuri dunia Ejen Ali dalam pengalaman sinematik untuk seisi keluarga.

Bakal menemui penonton di seluruh Malaysia mulai 22 Mei 2025, filem ini menjanjikan pengalaman lebih hebat berbanding sebelumnya. Sejak kemunculan sulungnya di TV3 pada 2016, Ejen Ali berkembang menjadi harta intelek (IP) unggul Malaysia yang kini diiktiraf di peringkat antarabangsa, melangkaui lebih 65 buah negara. Filem pertamanya mencipta sejarah dengan kutipan melebihi RM30 juta, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai mercu tanda kejayaan animasi Malaysia. Kini, dengan gajet canggih, penampilan watak-watak ikonik dan dunia naratif yang semakin kompleks, EATM2 mengundang keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat.

Kali ini, di kota futuristik Cyberaya, Ejen Ali seorang kanak-kanak biasa yang menyertai agensi perisikan rahsia MATA terpilih menyertai program elit SATRIA, lengkap dengan sut berteknologi tinggi dan dibantu kecerdasan buatan (AI). Namun, apabila Rizwan memintanya menjejak dalang di sebalik ancaman terhadap keselamatan Cyberaya, misi Ali menjadi lebih mencabar. Tambahan pula, kemunculan semula Neonimus seorang penggodam misteri dengan dendam tersembunyi memburukkan lagi keadaan. Dalam dunia penuh ancaman dan konspirasi, keputusan Ali bakal menentukan nasib dirinya dan seluruh Cyberaya.

Menurut Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, “Kami amat berbangga dengan pencapaian Ejen Ali yang kini melangkah lebih jauh dengan filem keduanya. Ini bukan sekadar hiburan ia mewakili kehebatan penceritaan tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.”

Pengarah EATM2 merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Encik Usamah Zaid Yasin turut meluahkan penghargaan terhadap sokongan para peminat, “Sejak awal perancangan sebelum pandemik, peminat tidak pernah berhenti menantikan sambungan cerita ini. Dengan sepenuh hati, kami persembahkan karya yang sarat emosi dan aksi sebagai hadiah buat mereka yang setia bersama Ejen Ali.”

Runut bunyi memainkan peranan penting dalam menyemarakkan emosi dalam filem ini. Antara lagu utama termasuk Hanya Kamu oleh Dato’ M. Nasir, Teman Sejati oleh Nidji, dan Penjuara nyanyian Hael Husaini. Setiap lagu menyuntik makna tersendiri dalam perjalanan watak dan momen penting sepanjang cerita.

Tayangan perdana dibawakan khas oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dengan pelbagai kejutan, termasuk persembahan tarian rancak berlatarkan lagu Penjuara. Kemeriahan berganda apabila Dato’ M. Nasir menyampaikan Hanya Kamu secara langsung, diikuti kemunculan semula lagu ikonik Mamak Maju dalam persembahan flash mob yang menceriakan suasana.

Menjelang tayangan rasmi, keterujaan penonton memuncak. Tiket pratonton habis dijual di sembilan lokasi GSC dalam masa singkat, membuktikan sambutan luar biasa. Lebih 70 pawagam kini membuka jualan awal, dan peminat disarankan untuk menempah segera, terutamanya menjelang cuti sekolah. Selain itu, barangan edisi khas seperti figurine tumblers, peranti IRIS interaktif dan bucket popcorn berwajah Ejen Ali turut ditawarkan eksklusif hanya di pawagam.

Ejen Ali The Movie 2 adalah kolaborasi mantap Primeworks Studios, WAU Animation dan Komet Productions. Ayuh sahut misi ini ke pawagam mulai 22 Mei 2025!

Ikuti maklumat terkini dan kandungan eksklusif menerusi saluran YouTube rasmi Ejen Ali dan media sosial Primeworks Studios.Film.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: “Text Neck” Menular di Era Digital: Ancaman Senyap Pengguna Gajet di Malaysia
Next: Samaiden Raih Kontrak EPCC Bernilai RM45 Juta Bagi Loji Solar 9.99MWac di Kedah

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.