Kalau bukan sekarang, bila lagi? Masa semakin suntuk dan misi semakin kritikal! Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini memasuki fasa terakhir tayangan di pawagam, dan lima negeri telah menunjukkan komitmen luar biasa terhadap filem animasi kebanggaan negara ini. Selangor, Wilayah Persekutuan (merangkumi Kuala Lumpur dan Putrajaya), Johor, Perak, dan Kedah kini mendahului carta tontonan dengan jumlah ‘ejen’ tertinggi yang telah melaporkan diri di pawagam. Persoalannya adakah negeri anda tersenarai? Dan lebih penting lagi adakah anda sudah menjadi sebahagian daripada misi ini?
Bagi yang masih belum menonton, inilah saat paling tepat untuk bertindak! Peluang untuk menyertai misi kutipan RM65 juta bukan datang setiap hari, dan filem ini bukan sekadar animasi biasa. Dengan aksi yang memukau, rekaan bunyi yang menggegarkan dan kualiti visual setanding produksi antarabangsa, EATM2 terus mencuri perhatian bukan sahaja dalam kalangan peminat animasi, tetapi juga penonton umum yang mahukan pengalaman sinematik luar biasa.
Malah, ribuan penonton yang telah menonton turut kembali ke pawagam untuk tayangan kali kedua dan ketiga. “Tak cukup sekali!” kata mereka. Ramai yang mengakui bahawa terdapat terlalu banyak petunjuk tersembunyi dan teori menarik yang hanya dapat difahami apabila ditonton semula. Setiap kali tontonan membuka dimensi baharu kepada plot dan karakter Ejen Ali yang semakin matang dan kompleks.
Jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja. Sama ada anda datang bersama rakan, keluarga atau secara solo, pastikan anda tidak tercicir daripada misi paling penting tahun ini menjayakan kutipan RM65 juta untuk filem animasi Malaysia yang paling dinanti-nantikan. Ini bukan sekadar tentang sokongan, ia adalah manifestasi cinta terhadap karya tempatan yang kini sedang mencipta sejarah tersendiri.
Ejen Ali The Movie 2 bukan sekadar hiburan, ia adalah simbol kemajuan industri animasi Malaysia yang semakin gah di mata dunia. Bersama-sama, kita boleh mengangkat nama negara dan membuktikan bahawa filem animasi Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Misi masih belum tamat unlock fasa seterusnya dan teruskan sokongan anda di pawagam seluruh negara. Jadilah sebahagian daripada gerakan ini, kerana jika bukan sekarang… mungkin anda sudah terlepas peluang paling bermakna tahun ini!