MUZIK Korean Pop atau K-Pop yang popular di Korea telah mencipta fenomena luar biasa di negara ini. Kelincahan artis berkumpulan wanita dan lelaki mempamerkan keseragaman tarian termasuk bait-bait lagu menghiburkan pantas memikat hati masyarakat tempatan.
Kecenderungan produksi drama Korea menampilkan lokasi menarik di negara berkenaan pula, secara tidak langsung menjadikan negara itu tersenarai antara destinasi wajib dikunjungi oleh rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, mengambil kira kegilaan orang kita terhadap industri muzik genre K-Pop, restoran Kenny Rogers Roasters (KRR) memperkenalkan menu baharu, Seoul Sedap Chikin.
Pengurus Pemasaran Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd, Kennie Thong berkata, promosi set ayam yang diinspirasikan daripada sajian signatur Seoul itu mampu membangkitkan selera para pelanggan khususnya dalam kalangan peminat K-Pop.
“Sempena pembukaan tirai tahun 2020 pihak KRR menyapa rakyat Malaysia, ‘Annyeonghaseyo’ bagi mencipta keunikan supaya pelanggan merasai seperti berada di restoran sebenar Korea.
“Justeru, selari dengan kempen Seoul Sedap Chikin, hidangan ayam terbahagi kepada dua perisa autentik Korea iaitu cili manis dan kacang soya bawang putih yang turut dihiasi taburan bijan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Seoul Sedap Chikin di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.
KENNY (kiri) menunjukkan menu baharu pada Majlis Pelancaran Seoul Sedap Chikin di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut beliau, selain kentang goreng potongan baji, menu tersebut juga enak dinikimati bersama nasi bawang putih.
Selain itu, lengkapkan sajian set Seoul Sedap Chikin dengan segelas minuman Orenji Splash yang menyegarkan dijual pada harga RM8.80 manakala RM10.80 (harga biasa).
Seoul Sedap Chikin hadir dalam pelbagai set pilihan, antaranya Seoul Sedap Chikin Soup, Seoul Sedap Chikin Meal, Seoul Sedap Chikin Family Feast dan Seoul Sedap Chikin 3 Pieces.
Set Seoul Sedap Chikin Soup misalnya mempunyai dua ketul ayam goreng (perisa cili manis, bawang putih atau campur), nasi bawang putih, sup cendawan dan sebiji mufin.
Sementara itu, set Seoul Sedap Chikin Meal pula dilengkapi 2 ketul keping Seoul Sedap Chikin (perisa cili manis, bawang putih atau campur), nasi bawang putih atau kentang goreng wedges.
Dalam pada itu, Seoul Sedap Chikin menawarkan tiga ketul ayam perisa pilihan sos cili manis atau bawang putih.