Kuala Lumpur: Arena nasyid Malaysia sekali lagi bakal menyaksikan detik bersejarah apabila kumpulan Kuala Lumpur: Arena nasyid tanah air bakal menyaksikan detik bersejarah apabila kumpulan legenda The Zikr kembali dengan single terbaharu berjudul “Mengemis Kasih”, hasil kolaborasi bersama Yabang, bekas vokalis kumpulan Khalifah. Kemunculan karya ini menjadi lebih bermakna apabila ia turut menandakan kembalinya Nazrey Johani – suara emas yang diiktiraf sebagai vokalis nombor satu dalam dunia nasyid moden. Sejak era 90-an, nama Nazrey begitu sinonim dengan identiti dan jiwa nasyid yang tulen. “Mengemis Kasih” bukan sekadar lagu, tetapi simbol kebangkitan semula nasyid era 90-an dalam wajah yang lebih segar dan moden. Karya agung ciptaan Nazrey bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi ini kini dirakam semula bersama rakan-rakan lamanya dalam The Zikr, dengan penampilan istimewa Yabang yang menambahkan lagi keindahan harmoni lagu tersebut. Vokal mendalam Nazrey yang berpadu dengan alunan harmoni The Zikr dan suara unik Yabang menjadikan “Mengemis Kasih” sebuah persembahan penuh penghayatan, mengangkatnya ke dimensi baharu yang lebih matang, megah dan relevan dengan pendengar masa kini. The Zikr kini dianggotai oleh Nazrey Johani, Amran Ibrahim (bekas anggota Raihan), Syamsul Masri, Meor Ahmad Sahid, Afezan Ponijan, Amin Nordin, Hafiedz Samsuri, Syawal Paino, Suhaimy Raslan dan Rosdi Zahari. Nazrey meluahkan rasa syukur kerana dapat kembali berkarya bersama rakan-rakan lamanya dalam industri nasyid. Menurutnya, lagu “Mengemis Kasih” diberi sentuhan muzik baharu agar lebih segar dan moden, namun tetap mengekalkan roh ketuhanan yang menjadi teras kepada lagu tersebut. Penampilan khas Yabang pula menambah nilai emosi dan keindahan dalam penyampaian lagu ini. Menurut Syamsul Masri, lagu-lagu The Zikr masih mendapat sambutan hangat daripada peminat hingga kini, terutamanya di Thailand dan Indonesia. Lagu “Antara 2 Cinta” misalnya masih popular dalam kalangan peminat di seberang. Selepas Nazrey meninggalkan Raihan, Syamsul berinisiatif mengumpulkan semula anggota asal The Zikr dan sejak 2023 hingga kini mereka telah menghasilkan beberapa single termasuk “Antara 2 Cinta” dan “Dunia Baru Islam” pada tahun 2024 serta “Kembali” pada Mei 2025. “Mengemis Kasih” menjadi pelengkap perjalanan muzik mereka tahun ini, dilancarkan pada 26 September 2025 menerusi saluran YouTube rasmi Rusa Islamic hasil kerjasama Smart Audio Music dan Rusa Islamic. Nazrey Johani kini kembali dengan semangat baharu selepas melalui cabaran kesihatan termasuk masalah jantung. Beliau kini berada dalam keadaan sihat dan stabil, terus membawa aura legenda yang sukar ditandingi. Dari zaman Nada Murni ke The Zikr dan Raihan, Nazrey kekal sebagai ikon utama yang membentuk landskap nasyid moden di Malaysia. Video muzik “Mengemis Kasih” turut menampilkan Ustaz Amran, anggota asal The Zikr yang pernah bersama Raihan. Kehadiran beliau membawa nostalgia dan mengingatkan peminat bahawa sejarah Raihan bermula daripada The Zikr — legasi dakwah muzik yang masih kukuh hingga kini. Lebih menarik, lagu “Mengemis Kasih” turut disusuli dengan Konsert Eksklusif yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2026. Menurut Mas Ayie Mas Omar selaku wakil pengurusan Nazrey Johani dan The Zikr, konsert ini bakal mengundang nostalgia buat para peminat serta menampilkan artis undangan istimewa yang akan diumumkan tidak lama lagi. Post navigation HONOR X9d 5G Launches Nationwide with Savings Up to RM900 and Prizes Worth Over RM95,000! vivo V60 Lite 5G: Built Tough, Made Fun — Capture Nights Like Never Before!