Penyanyi dan doktor pergigian, Hafiz Zainal, kembali dengan single solo ketujuh berjudul Memoir. Lagu ini istimewa kerana berasal daripada melodi ciptaan mendiang Chaq, abang kepada Stacy. Dengan sedikit sentuhan daripada Bunga Cantik dan Hang Nadim. Memoir disempurnakan untuk meneruskan legasi muzik Chaq, menggabungkan emosi serta keunikan muzik yang tersendiri. Stacy sendiri melengkapkan lagu ini sebelum menyerahkan kepada Hafiz, Stacy percaya emosi dan genre Memoir lebih dekat dengan jiwa Hafiz Zainal.
Memoir menampilkan gabungan elemen muzik unik — melodi berinspirasikan lagu Cina, diolah dalam gaya balada Melayu dengan suntikan elemen R&B oleh Hafiz Zainal sendiri. Proses rakaman hanya mengambil masa tiga jam, di bawah bimbingan komposer Bunga Cantik dan Hang Nadim.
Menurut Hafiz, cabaran utama adalah kawalan vokal kerana lagu ini memerlukan julat suara luas dan penuh emosi. Bunga Cantik pula menjelaskan lirik asalnya bernuansa sedih, namun diolah menjadi lebih universal — sesuai sebagai memori kasih, sama ada untuk yang masih ada atau yang telah tiada.
Hafiz berharap Memoir akan menyentuh jiwa pendengar dan melangkah lebih jauh, mungkin hingga ke pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) atau sebagai OST drama dan filem.
Kini, Memoir boleh didengarkan di semua platform penstriman — sedia membawa pendengar menyelami emosi dan kenangan dalam setiap bait lirik dan melodi.
Untuk maklumat terkini mengenai Alternate Records & Talents, jangan lupa layari:
- Facebook: Alternate Records & Talents
- Instagram: @alternate.my_
- TikTok: @alternate.rt_
Jom sokong artis kegemaran anda dan nantikan maklumat terbaru tentang muzik, projek, dan karya hebat mereka!