SEMPENA bulan puasa ini, tidak dinafikan buah kurma mendapat permintaan ramai.
Oleh sebab banyak khasiatnya, seeloknya ia tidak hanya dimakan pada bulan Ramadan. Hari biasa pun tidak masalah untuk memanfaatkannya.
Rugi buat mereka yang tidak suka makan kurma. Berikut khasiat utama buah ini yang sangat berguna untuk tubuh badan kita yang masih ramai belum tahu:
1. Kandungan Nutrien Yang Tinggi
Fizikal luaran kurma yang kecil dan berwarna gelap mungkin menjadi antara persoalan apakah khasiatnya.
Namun, jangan biarkan ia menipu anda kerana ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin.
2. Tenaga Segera
Bagi individu yang melakukan rutin senaman yang memerlukan tenaga yang banyak dan cepat mungkin boleh menjadikan kurma sebagai ‘power bar’ yang baru.
Ini kerana kandungan gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose ) yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera apabila letih bersenam.
3. Diet Sihat
Kurma juga mampu membantu dalam kita melalui diet yang sihat. Untuk individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan mungkin boleh memasukkan kurma kedalam senarai makanan mereka.
Ini kerana pengambilan kurma mampu mengenyangkan perut dengan cepat jadi membantu kita supaya tidak makan dengan banyak.
Caranya dengan melecekkan kurma dan digaul dalam segelas susu rendah lemak. Campuran ini sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan.
4. Membantu Mengurangkan Sembelit
Pengambilan kurma secara konsisten juga mampu menyelesaikan dan menghindarkan kita dari masalah sembelit.
Umum mengetahui masalah sembelit sangatlah menyeksakan dan seterusnya boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik, iaitu buasir!
Jadi, pengambilan kurma yang kaya dengan serat ini amatlah baik bagi menyembuhkan dan mengelakkan masalah sembelit.
5. Menyihatkan Jantung
Jantung merupakan enjin dalam kehidupan manusia. Jadi adalah menjadi satu faktor penting mengapa ia perlu dijaga dengan rapi.
Kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang ke arah strok dan serangan jantung.
Caranya mudah rendamkan ia semalaman, kemudian lecekkan pada waktu pagi dan makan.
Sumber: http://www.ezdiet.com.my