Penyanyi dan pencipta lagu popular Indonesia, Rizky Febian, bakal kembali ke Kuala Lumpur menerusi “Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur” yang akan berlangsung pada 29 November 2026 di Zepp KL.

Konsert yang dibawakan oleh Kumho International dan dianjurkan oleh AM Entertainment dengan kerjasama RSI Solusi Indonesia itu bakal menawarkan sebuah malam yang menghimpunkan muzik, emosi dan karya popular Rizky Febian dalam persembahan secara langsung.

Dikenali menerusi lagu-lagu yang mengangkat tema cinta, kerinduan dan perjalanan perasaan, Rizky Febianbakal membawakan karya seperti “Kesempurnaan Cinta”, “Penantian Berharga”, “Cuek”, “Makna Cinta”, “Terlukis Indah” dan “Hingga Tua Bersama”.

Dengan karakter vokal dan gaya persembahan tersendiri, Rizky Febian terus mendapat perhatian peminat di Malaysia. Persembahan kali ini turut memberi peluang kepada penonton untuk menikmati karya-karyanya secara langsung dalam suasana konsert yang lebih menyeluruh.

Rizky Febian melahirkan keterujaan untuk kembali bertemu peminat di Kuala Lumpur dan berharap persembahan tersebut dapat memberikan pengalaman yang menghiburkan serta meninggalkan kenangan istimewa kepada penonton.

Tiket bagi konsert ini telah mula dijual pada 18 September 2026 secara dalam talian menerusi https://www.ticket2u.com.my/cd?id=52284&t=1. Harga tiket adalah RM228 untuk CAT 1 (Standing), RM248 untuk CAT 2 (Premium Seat) dan RM238 untuk CAT 3 (Normal Seat).

“Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur” turut mendapat sokongan Rifelous Malaysia sebagai Rakan Rasmi, Gempak sebagai Rakan Media Rasmi dan Zepp KL sebagai Rakan Venue Rasmi.