Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Forum
  • MALAM GALA IBU INSPIRASI MINGGUAN WANITA DAN NONA ‘SEHEBAT WANITA INI’
  • Forum

MALAM GALA IBU INSPIRASI MINGGUAN WANITA DAN NONA ‘SEHEBAT WANITA INI’

Helmi Aziz June 4, 2024 5 minutes read
IMG_5840

Dengan bangganya Mingguan Wanita dan NONA menganjurkan program “Sehebat Wanita Ini,” satu inisiatif daripada team Wanita di Ideaktiv yang bertujuan meraikan dan mengiktiraf sumbangan wanita-wanita hebat di Malaysia. Program ini berlangsung selama sehari, dibahagikan kepada dua aktiviti utama: “Forum Anak Syurga” pada sebelah siang dan “Ibu Inspirasi Gala Night Mingguan Wanita dan NONA” pada sebelah malam, yang kedua-duanya dibawakan oleh Al Kauthar Eduqids.

“Forum Anak Syurga,” dihoskan oleh Nani Roslan, menampilkan panel-panel seperti Dr. Norzila Zakaria, selebriti Zarina Zainuddin, Datin Nor Fadilah Alias, Norhaidda Hassan, Dr. Malar, Fynn Jamal, dan Dr. Robiah K Hamzah, yang mengupas isu perkembangan, kesihatan, dan kecerdasan anak-anak istimewa. Forum ini berjaya menarik seramai 500 orang ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa, menunjukkan betapa besarnya minat dan keperluan untuk membincangkan topik-topik seperti “Power Up Mental & Fizikal,” “Kapsul Sihat & Cergas,” dan “Anak Istimewa Selangkah Ke Syurga.” Melalui perkongsian ilmu dan pengalaman, forum ini bertujuan membina komuniti sokongan antara ibu bapa serta memberikan pengetahuan baru, sokongan moral, dan inspirasi dalam menjaga dan membesarkan anak-anak mereka.

Pada sebelah malam, berlangsungnya “Ibu Inspirasi Gala Night Mingguan Wanita dan NONA” yang gilang-gemilang di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Malam gala ini dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu, dan YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin yang mencemar duli berangkat menyerikan majlis. Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang bersama-sama meraikan wanita-wanita hebat yang diiktiraf pada malam tersebut.

“Ibu Inspirasi Gala Night Mingguan Wanita dan NONA” bertujuan memartabatkan dengan memberi anugerah kepada ibu-ibu dan wanita -wanita berjaya dalam pelbagai bidang. Malam Gala ini dirancakkan lagi dengan pengacara terkenal Fiza Frizzy dan persembahan nyanyian oleh artis Atilia Haron dan ibunya Salamiah Hassan serta Mila Jirin. Ia merupakan malam yang penuh dengan kegemilangan, di mana pencapaian dan dedikasi wanita-wanita ini akan diraikan dengan penuh kemeriahan.

Wanita seringkali dikaitkan dengan mempunyai kesabaran dan kekuatan dalaman yang tinggi. Melalui program “Sehebat Wanita Ini,” Mingguan Wanita dan Nona ingin menonjolkan sifat- sifat murni ini yang telah mendorong wanita-wanita di Malaysia untuk mencapai kejayaan walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.

“Program ‘Sehebat Wanita Ini’ bukan sahaja platform untuk meraikan kejayaan tetapi juga untuk memupuk jaringan sokongan antara wanita. Ia adalah satu inisiatif daripada Mingguan Wanita dan Nona dalam menghubungkan wanita-wanita hebat ini dengan peluang-peluang baru, sumber-sumber penting, dan hubungan yang boleh membantu mereka berkembang dan berjaya dalam bidang masing-masing. program ini akan menjadi pemangkin kepada perubahan positif dan kemajuan wanita di Malaysia.”

Program ini menampilkan wanita-wanita dari pelbagai latar belakang, termasuk usahawan, selebriti, ahli profesional, serta individu individu yang telah membawa perubahan positif dan memberi impak positif dalam masyarakat.

Dengan dua aktiviti utama ini, program “Sehebat Wanita Ini” tidak hanya meraikan kejayaan dan sumbangan wanita, tetapi juga memberi peluang untuk pendidikan dan sokongan komuniti yang sangat diperlukan. Ideaktiv berharap bahawa inisiatif ini akan menjadi satu titik permulaan kepada lebih banyak program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada wanita- wanita di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, “Kami di Nu Ideaktiv berasa amat teruja untuk menganjurkan program ‘Sehebat Wanita Ini’. Program ini adalah bukti penghargaan kami terhadap wanita-wanita luar biasa di Malaysia yang telah menonjolkan kekuatan, dedikasi, dan inspirasi dalam pelbagai aspek bidang dalam kehidupan. Kami berharap program ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk mencapai impian mereka dan terus memberi impak positif dalam masyarakat.”

“Dengan penglibatan dan sokongan daripada pelbagai pihak terutama penaja utama Al Kauthar Eduqids, “Sehebat Wanita Ini” dijangka akan menjadi satu program yang bersejarah dan berkesan dalam mengangkat martabat wanita. “Kami menggalakkan semua pihak untuk turut serta dalam program ini dan bersama-sama kita raikan kekuatan, kecekalan, dan kejayaan wanita-wanita luar biasa di Malaysia,” ujar Syamil.

Editor Pengurusan Grup Wanita, Kiffy Razak berkata, “Kami sangat bangga dapat memainkan peranan dalam penganjuran program ‘Sehebat Wanita Ini.’ Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat memberi penghormatan kepada wanita-wanita yang telah menunjukkan dedikasi dan keberanian yang luar biasa. Kami ingin menyampaikan mesej bahawa setiap wanita memiliki potensi untuk mencapai perkara-perkara hebat dan program ini adalah platform untuk meraikan dan mengiktiraf sumbangan mereka. Diharapkan program ini dapat menginspirasikan lebih ramai untuk mengejar impian mereka dan memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.”

Pengasas Al Kauthar Eduqids, Datin Dr Nor Fadilah Alias berkata “Forum Anak Syurga Al Kauthar Eduqids ini merupakan platform yang sangat bermakna untuk berkongsi ilmu, pengalaman, dan inspirasi dalam usaha Al Kauthar Eduqids mendidik anak-anak syurga, khususnya mereka yang berkeperluan khas. Al Kauthar Eduqids komited dalam menyediakan pendidikan inklusif yang terbaik, memastikan setiap anak mendapat peluang yang sama untuk berkembang dan berjaya. Semoga dengan adanya forum ini, kita dapat memperkukuhkan lagi usaha Al Kauthar Eduqids dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak syurga kita”.

“Selain itu, hari ini, kita berkumpul untuk meraikan Ibu Inspirasi, wanita-wanita hebat yang telah menunjukkan ketabahan, kasih sayang, dan komitmen yang luar biasa dalam membentuk keluarga dan masyarakat. Mereka adalah contoh teladan yang bukan sahaja menginspirasi kita semua tetapi juga membuktikan bahawa peranan seorang ibu adalah sangat berharga dan tak ternilai. Semoga pengiktirafan ini menjadi sumber inspirasi kepada kita semua untuk terus menghargai dan menyayangi ibu-ibu dalam kehidupan kita. Kepada semua Ibu Inspirasi, tahniah diucapkan, dan semoga terus sukses dalam setiap langkah yang diambil” tambah Datin Dr Nor Fadilah Alias lagi.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ramayan Menyelami Keindahan dan Kedalaman Jiwa dalam Single Terbarunya, ‘Samudera’
Next: VIT’S SUMBANG DANA BANTU PERSATUAN KARYAWAN DI KONSERT AMAL “THE LEGENDS”

Related Stories

ALUMNI HAJI (5)
  • Forum
  • News

ALUMNI HAJI: TV ALHIJRAH HIDUPKAN SEMANGAT HAJI MELALUI PENGAKUAN PARA JEMAAH

Helmi Aziz May 22, 2025
UgandaEXPO2025_0870
  • Business
  • Ekspo
  • Forum

Uganda Pearl of Africa Business Forum & Expo 2025: Strengthening Uganda-Malaysia Economic Ties

Helmi Aziz April 25, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.