Maksud label ‘Tarikh luput’ dan ‘Baik sebelum’

SEBAGAI pengguna, kerap kali kita dikelirukan dengan label makanan yang ada iaitu ‘Baik sebelum’ dan Tarikh luput’.

Kenapa agaknya ada beberapa makanan dilabelkan dengan ‘Baik sebelum’ dan bukannya ‘Tarikh luput’?

Disebabkan ada kekeliruan dalam hal itu, banyak makanan telah dibuang oleh pengguna kita sendiri walaupun makanan itu masih elok untuk dimakan.

Label ‘Baik sebelum’:

Menunjukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, kemungkinan produk itu kehilangan atau kekurangan kesegaran, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada rupa bentuk produk tersebut.

Sama ada ia ada perubahan warna, ada pertumbuhan kulat atau berbau masam atau kurang enak, itu perlu diperhatikan.

Label ‘Tarik luput’ dan ‘Guna sebelum’:

Tarikh akhir produk itu selamat untuk dimakan. Kebiasaannya ia digunakan pada produk makanan yang cepat rosak yang tidak perlu simpan lama seperti kek, roti, telur dan sebagainya.

Bagi produk makanan yang dilabel ‘Baik sebelum’ atau ‘Tarikh luput’ pengguna perlu buang serta merta makanan tersebut selepas tarikh yang dinyatakan.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Melaka



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *