Makanan terbaik untuk wanita hamil ketika berbuka puasa

SESUNGGUHNYA, apa sahaja yang dimakan dan diminum ibu yang hamil, akhirnya akan sampai juga kepada bayi dalam kandungan anda.

Bagaimana keadaan bayi anda membesar, berkembang, berinteraksi dan bergerak di dalam kandungan bergantung sebahagiannya daripada pemakanan anda.

Terdapat segelintir ibu mengandung mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Apa kata Ramadan kali ini anda cuma amalkan pemakanan sihat bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dan bayi dalam kandungan.

Elok diamalkan ketika berbuka puasa:

– makan tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah).

– susu atau yogurt rendah lemak.

– sup (yang rendah kalori).

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:

– sepinggan salad

– ulam-ulaman atau sayur-sayuran sebagai hidangan pembuka selera

– protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang

– karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh

Kurma dan kekacang.

Kurma dan kekacang.

Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat termasuk pengambilan makanan kurang berkhasiat dan sukar dicernakan.

Pada masa sama, hindarkan diri daripada meminum teh semasa berbuka puasa kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.

Ibu hamil juga perlu makan sahur jika berpuasa kerana ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang.

Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang.

Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Salad bagus untuk kesihatan.

Salad bagus untuk kesihatan.

Buah kering dan kekacang yang banyak khasiatnya.

Buah kering dan kekacang yang banyak khasiatnya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *