Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • KONSERT UND3RGROUND BAKAL BERLANGSUNG MAC INI !
  • News

KONSERT UND3RGROUND BAKAL BERLANGSUNG MAC INI !

Helmi Aziz January 11, 2024 (Last updated: January 12, 2024) 3 minutes read

Para fanatik indie tanah air pasti tertunggu-tunggu dan bakal terkejut dengan penampilan tiga buah band yang bakal berganding di dalam konsert gabungan mereka Mac ini, Hitman Solutions selaku jenama penganjur acara terkemuka tanah air sekali lagi menjanjikan hiburan tanpa henti buat alunan telinga penggemar muzik terutamanya peminat muzik rock dalam sebuah konsert yang paling ditunggu-tunggu  pada tahun 2024 ini dengan menggabungkan tiga (3) gergasi band indie negara di atas satu pentas, konsert yang bakal dipanggil ‘UND3RGROUND’ -BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE akan berlangsung pada tarikh 2hb Mac 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Bertempat di The Estate On Federal Hill jam 2 petang , sebuah sidang media eksklusif diadakan bersama rakan – rakan media bagi mewar-warkan rencana konsert yang bakal diadakan oleh Hitman Solutions pada bulan Mac ini.

Selaku salah satu pemain utama  penganjuran konsert di Malaysia, Hitman Solutions sentiasa berfikiran ke hadapan demi memenuhi citarasa penggemar muzik tempatan yang dahagakan hiburan langsung secara fizikal dan buat tahun 2024, mereka sudah pun menyediakan satu acara istimewa untuk peminat rock indie di Malaysia.

Konsert UND3RGROUND (underground) direncanakan akan berlangsung selama 3 jam di mana setiap band akan membuat persembahan selama 45 minit dengan menyanyikan karya – karya klasik mereka, dan istimewanya pada hari ini, sebagai tanda pelancaran, sebuah replika gitar gergasi setinggi 10 meter dijadikan ikon promosi konsert UND3RGROUND, yang akan diiktirafkan sebagai ‘The Biggest Inflatable Guitar in Malaysia’ oleh Malaysian Book of Records.

“Sebagai resolusi tahun baharu, kami melangkah ke hadapan dengan momentum positif dengan beberapa acara yang sudah pun direncanakan dan bakal berlangsung tidak lama lagi, konsert ‘Jilid Akhir’. Ella ‘Puteri Kota’ di Kota Kinabalu, Sabah serta hiburan istimewa dari band rock antarabangsa, ‘Incubus : Live In Malaysia’.

“Nama – nama besar seperti Butterfingers, Hujan dan Bunkface meninggalkan legasi yang kuat dalam arena indie ketika era ‘band’ berkembang, jadi kami ingin raikan setiap perjalanan karier mereka melalui sebuah konsert rock epik yang mengiktiraf pencapaian mereka dalam industri muzik kita,” kata En. Rohit Rmpal, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions.

“Kami mengambil pendekatan konsep ‘underground’ yang membawa semula era dan atmosfera gig yang menyatukan ketiga-tiga band legenda ini untuk beraksi bersama sambil memberikan pengalaman yang unik khusus buat peminat indie tempatan,” ujar En. Rohit.

Tambah En. Rohit lagi, “Konsert ini bukan sekadar satu acara, tetapi sebuah pengalaman indie yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, kami ingin penonton yang hadir merasai sendiri ‘feel’ sebenar konsert indie dalam semua aspek dengan menyaksikan sendiri perintis genre ini di atas satu pentas, dengan harapan agar ia menjadi pengalaman yang tidak terlupakan.

Bermain peranan penting dalam mewujudkan acara sebesar ini, UND3RGROUND disokong oleh beberapa pihak seperti Hot FM, Fly FM, Molek FM, Kool101 FM dan Eight FM (Rakan Radio Rasmi), dan Lobak Merah dan Good Foodie Media (Rakan Media Rasmi), serta Sunway Lagoon (Lokasi Rasmi).

Tiket konsert boleh diperolehi dalam 5 kategori berbeza, Rockzone – Early Bird (RM149), Rockzone – Phase 1 (RM199), Rockzone- Phase 2 (RM299) serta Vibers Pit (RM499), dan penjualan bagi kategori Rockzone akan dikeluarkan secara berperingkat.

Pembelian tiket konsert boleh dilakukan mulai 11hb Januari 2024, jam 2 petang di http://www.hitmanlive.com, jadi dapatkan tiket-tiket ke konsert UND3RGROUND – BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE dengan segera !

Sebarang pertanyaan berkenaan konsert boleh hubungi +6012-2655783 atau info@hitman.group.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bursa Malaysia meningkat semula jejaki kenaikan di Wall Street
Next: Batik Air bakal jadikan KLIA sebagai hab umrah

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.