Konsert epik “Cintaku Tertinggal di Malaysia” menampilkan Dewa 19 bersama Padi Reborn dijadualkan berlangsung pada 6 Jun 2026. Tiket rasmi akan mula dijual pada Jumaat, 27 Februari 2026, jam 11 pagi.

Band legenda Indonesia, Dewa 19, bakal mencipta sejarah baharu di Malaysia dengan konsert eksklusif bertajuk “Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia” yang dijadualkan berlangsung pada 6 Jun 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ini merupakan penampilan kembali Dewa 19 di ibu negara selepas hampir tiga tahun sejak konsert Dewa 19: A Night At The Orchestra – Chapter 5 pada 29 September 2023, yang meninggalkan kesan mendalam kepada para peminat setia mereka, ‘Baladewa’. Konsert kali ini menjanjikan pengalaman muzik yang lebih intim dan penuh emosi, menyusuri perjalanan hits legendaris Dewa 19 seperti “Roman Picisan”, “Sedang Ingin Bercinta”, dan “Cintaku Tertinggal”, yang sentiasa menjadi rindu peminat di Malaysia.

Tidak hanya menampilkan Dewa 19, konsert ini juga menandakan penampilan pertama Padi Reborn di Malaysia sebagai band jemputan istimewa, membawa lagu-lagu popular mereka seperti “Kasih Tak Sampai”, “Begitu Indah”, dan “Menanti Sebuah Jawaban”. Gabungan dua band fenomena Indonesia ini dijangka menyatukan para penggemar dari pelbagai generasi, iaitu ‘Baladewa’ dan ‘Sobat Padi’, dalam satu pertemuan muzik yang unik dan berkesan.

Konsert ini akan menampilkan tiga vokalis utama Dewa 19 iaitu Ari Lasso, Virzha, dan Marcello Tahitoe (Ello) bersama keyboardis Tyo Nugros, serta anggota band asal Andra Ramadhan, Yuke Sampurna, dan Agung Yudha. Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, menekankan bahawa konsep konsert kali ini bukan sekadar extravaganza, tetapi menekankan tema cinta dan nostalgia melalui untaian lagu hits kedua-dua band, lengkap dengan pengalaman pakaian peminat yang simple dan autentik — T-shirt band original.

Tiket konsert mula dijual pada Jumaat, 27 Februari 2026, jam 11 pagi melalui pautan rasmi Ticket2U, dengan kategori termasuk RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (Bala Sobat), RM388 (Pangeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta), dan RM488 (Sedang Ingin Bercinta). Konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia dijangka bukan sahaja mencetus fenomena hiburan di Kuala Lumpur, tetapi juga mengukir sejarah baru dalam industri konsert Malaysia, mempertemukan peminat kedua-dua band dengan emosi, nostalgia, dan cinta yang menyatukan mereka di atas satu pentas.

INFOMASI KONSERT
Artis: Dewa 19 bersama Ari Lasso, Virzha, Marcello Tahitoe, Tyo Nugros
Penampilan khas: Padi Reborn
Acara: Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia
Tarikh: 6 Jun 2026
Lokasi: Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur
Masa: 8 malam

Penganjur: Icon Entertainment

Kategori & Harga tiket: RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (Bala Sobat), RM388
(Pengeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta), RM488 (Sedang Ingin Bercinta)

Pembelian tiket: Tiket mulai di jual pada Jumaat 27 Feb 2026, pada jam 11 pagi di
www.ticket2u.com.my/dewa19

Rakan Strategik: Sinar FM, ERA FM, Zayan, THR Gegar, The News.com.my,
Gempak, Kesion, Warisan Outdoor, Opah Strawberries, DTC Car Lifestyle