KK Supermart, Nestle raikan lapan peserta Basket Monopoly

KK Supermart, Nestle raikan lapan peserta Basket Monopoly

SHAH ALAM – Seramai lapan peserta bertuah KK Supermart telah diraikan oleh KK Supermart dan Nestle menerusi peraduan Basket Monopoly ‘Supermarket Sweep’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

KK Supermart dalam satu kenyataan berkata, kesemua peserta itu telah dipilih melalui peraduan Beli dan Menang yang telah diadakan pada 18 Mei hingga 30 Jun 2021.

“Bagi melayakkan diri menyertai peraduan tersebut, pelanggan hanya perlu membeli produk Nestle serendah RM15 di mana-mana KK Supermart. Pelanggan kemudian hanya perlu menghantar maklumat diri melalui aplikasi WhatsApp.

“Walaupun peraduan ini telah ditangguh ke bulan November kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tetap mendapat sambutan hangat daripada para penggemar Nestle,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kesemua lapan peserta berpeluang memenangi produk Nestle bernilai RM10,000 secara percuma di kedai serbaneka itu dengan had masa yang telah diberikan.

“Melalui peraduan ini, kesemua lapan peserta itu perlu mengambil barangan jenama Nestle di KK Supermart cawangan Terminal Bas Selatan 3, Kuala Lumpur dengan had masa yang diberikan kepada mereka iaitu 60 saat, 50 saat, 40 saat dan 30 saat.

“Pembelian percuma adalah terhad kepada semua produk Nestle kecuali produk-produk susu rumusan bayi, makanan haiwan dan aiskrim,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, peraduan itu diadakan untuk menghargai kesetiaan pelanggan kepada KK Supermart yang telah berada 20 tahun dalam pasaran.

“Saya gembira melihat keterujaan yang terukir pada wajah para peserta dan penonton yang sangat bersemangat sepanjang acara berlangsung,” katanya.

Sumber