Kidd Santhe, Saixse, dan Atta Halilintar Bersatu Dalam Lagu ‘Mantap Cuy’

Dua nama besar dalam industri muzik Malaysia, Kidd Santhe dan Saixse, telah bergabung dalam kolaborasi terbaru mereka, yang juga menampilkan Atta Halilintar, seorang YouTuber terkenal dari Indonesia yang kini menduduki tempat ketiga di Asia.

“Mantap Cuy” bukan sekadar lagu, ia adalah perayaan kemenangan, baik yang besar maupun kecil dalam kehidupan. Walaupun dihadapkan dengan pelbagai cabaran, lagu ini memberi inspirasi untuk menghadapinya dengan sikap positif,” jelas Kidd Santhe, yang bertindak sebagai penerbit lagu tersebut.

“Mantap Cuy” merupakan perpaduan slang Malaysia dan Indonesia yang menangkap semangat serta kegembiraan terhadap sesuatu, seumpama “cool, dude” atau “awesome, bro” dalam bahasa Inggeris.

“Saya telah lama meminati budaya hip-hop Malaysia, terutamanya karya Kidd dan lagu viral Saixse, ‘Malampagi’ (yang juga trending di Indonesia). Jadi, apabila Kidd mencadangkan kerjasama ini, saya tidak teragak-agak langsung. Saya sangat teruja dengan peluang ini untuk menyertai dan menyumbang kepada dunia hiburan Malaysia, bersama dua individu terbaik dalam industri,” ungkap Atta Halilintar.

Selain menggubah “Mantap Cuy” bersama, Kidd Santhe dan Saixse juga bekerjasama dalam menulis lirik bersama Atta Halilintar. Projek ini turut menandakan kerjasama antara syarikat Kidd Santhe, Kidd Next Door Productions, dan syarikat Saixse, Bando Rahsia Legacy.

Penggambaran video muzik ini pula telah dilaksanakan di Indonesia oleh pihak Simbion, manakala Take Five Studio telah menjalankan penggambaran akhir di Malaysia.

“Pengalaman penggambaran video muzik di Indonesia sangatlah mengujakan dan ia mer-upakan pengalaman yang luar biasa bagi saya. Kreativiti, kecekapan dan sokongan mereka sungguh luar biasa dan mengagumkan, walaupun dengan tempoh garis masa yang singkat,” kata Saise, menandakan kali pertamanya menggadakan penggambaran video muzik di luar negara.

“Mantap Cuy” bakal diedarkan oleh Sony Music Malaysia, dan boleh didengar di semua platform strim digital utama bermula 30 April 2024. Video muzik rasmi juga akan dilancarkan pada hari yang sama pada jam 9.00 malam di halaman YouTube Kidd Santhe.