Kenali ciri-ciri lelaki playboy!

SAKITNYA bercinta dengan lelaki ‘playboy’ hanya Tuhan sahaja yang tahu! Jangan biarkan anda terus dipermainkan. Hati dan perasaan tulus kita bukan untuk mereka yang tidak tahu menghargainya. Sebelum anda terus diulit rasa cinta dan sayang oleh si playboy, jom kenali ciri-ciri playboy yang perlu anda dijauhi. Sebelum menjadi mangsa, lebih baik anda elakkan diri anda daripada terjerat!

1) Paras rupa kacak

Kebanyakannya yang dikatakan playboy mempunyai rupa paras yang kacak dan bergaya. Disebabkan itu, mereka jadi idaman wanita. Anda akan tertarik kepada gayanya. Namun ingat, bukan semua lelaki kacak itu playboy ya!

2) Cemburu keterlaluan

Apabila anda baharu sahaja berpasangan dengannya, namun, sikap cemburunya begitu melampau dan tidak masuk akal. Pantang anda buat silap sikit, dia akan marah.

Mereka memang bijak berbicara dan melontarkan kata-kata manis. Caring mereka juga lebih, walhal, anda baru sahaja mengenalinya.Tarikan mereka itu membuatkan wanita akan muda tergoda, lebih-lebih lagi yang baru putus cinta atau kesunyian

4) Berkawan dengan ramai gadis

Ini ciri-ciri yang paling mudah dikesan. Anda boleh lihat kenalannya rata-rata terdiri daripada gadis cantik sama ada di laman sosial dan sebagainya.

5) Suka beri harapan palsu

Anda akan tertarik dengan kata-katanya yang kerap meluahkan mahu hidup dan bernikah dengan anda secepat mungkin padahal anda baru sahaja mengenalinya beberapa bulan lalu.

6) Suka menunjukkan kelebihan diri

Playboy sengaja menyerlahkan pesonanya termasuk gaya dan percakapan. Perlakuan itu membuatkan para wanita mudah tergoda dan tertarik kepadanya.

7) Suka melirik di sana-sini

Sesuai dengan gelarannya, playboy, dia semestinya rajin ‘usha awek’ sana-sini. Matanya juga akan melirik ke arah wanita lain yang cantik dan seksi meskipun anda berada bersamanya pada saat itu.

8) Mudah mesra dengan gadis-gadis

Biasanya tingkah laku playboy adalah jauh daripada tingkah laku yang kasar. Mereka akan berlagak peramah dan sopan bila berkata-kata.Mereka pandai memanfaatkan keadaan ini terutamanya apabila berjumpa mana-mana gadis cantik.

9) Sentiasa bertukar teman wanita

Dia baru sahaja berpisah dengan teman wanita, seminggu kemudian sudah mempunyai pengganti. Nampak sangat perasaannya mudah diperkotak-katikkan.

10) Punya bekas kekasih yang ramai

Bila anda jumpa lelaki sebegini, hati-hati. Dia mungkin akan beri alasan putus cinta dengan bekas kekasihnya kerana wanita itu curang dan sebagainya. Namun, dia tidak pernah menyalahkan diri sendiri!



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *