Kawalan serangga perosak mesra alam

DENGAN sentuhan teknologi nano, input pertanian organik yang dirintis Universiti Putra Malaysia (UPM) membuka satu lembaran baharu dalam sektor pertanian negara.

Projek yang diketuai Dr Nur Kartinee Kassim bersama dua lagi penyelidik, Dr Norhayu Asid (Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian UPM) dan Dr Norazlinaliza Salim (Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM) membuktikan keupayaan pakar penyelidik tempatan dalam menghasilkan produk botani novel yang selamat dan mesra alam.

Apa yang pasti, rumusan formula tersebut dapat meningkatkan kestabilan formulasi dan memanjangkan hayat penyimpanan serta penggunaan bahan yang membantu kebanyakan golongan petani.

Bukan sahaja selamat digunakan untuk membasmi serangga perosak, bahkan produk dihasilkan mudah dikendalikan dan sangat efektif buat tanaman sayuran.

Sudah semestinya, selain pemain industri pertanian, pendekatan formulasi tersebut dapat menguntungkan negara sekali gus kita untuk mendapatkan konsumsi makanan selamat.

Kajian yang menggunakan Geran Penyelidikan Pembangunan Inovasi UPM itu dimulakan sejak 2014. Ia masih dilaksanakan sehingga tarikh dijangka tamat pada 31 Ogos nanti.

Menariknya, penyelidikan tersebut menggunakan bahan semula jadi yang sangat berkesan sebagai antifeedant dan penghalau serangga. Kesannya efektif terutamanya kepada sayur-sayuran Cruciferous iaitu kelompok sayuran seperti kubis, brokoli dan lobak.

Mengulas lanjut mengenai kajian saintifik itu, Dr Nur Kartinee menjelaskan, formulasi Armigard berfungsi sebagai kawalan organik (biopestisida) dalam pengurusan serangga perosak.

“Rumusan formula ini dibangunkan menggunakan teknologi nano. Bahan aktifnya dapat meningkatkan kestabilan formulasi dan memanjangkan tempoh penyimpanan dan penggunaan.

“Bukan sahaja selamat digunakan untuk membasmi serangga perosak, produk ini juga mudah dikendalikan dan sangat berkesan kepada sayuran tersebut,” ujarnya kepada e-Trend baru-baru ini.

Signifikan penyelidikan alami itu berikutan kebergantungan petani terhadap racun sintetik dalam industri pertanian untuk melindungi hasil tuaian mereka daripada serangan serangga perosak.

PROJEK tanaman kubis yang menjadi salah satu tapak percubaan ujian Armigard di Cameron Highland.

Meskipun mengetahui penggunaan racun kimia adalah berbahaya kepada kesihatan dan persekitaran, namun petani tiada pilihan lain untuk membendung serangga perosak durjana.

Atas justifikasi tersebut, Dr Nur Kartinee meneruskan kajian memandangkan permintaan produk kawalan perosak semula jadi semakin meningkat disebabkan kos lebih rendah dan manfaat kelestarian sektor pertanian organik.

“Saya percaya, biopestisida mampu meningkatkan hasil pertanian petani tanpa memberi kesan buruk kepada alam sekitar untuk jangka masa panjang.

“Armigard juga terbukti sebagai produk organik alternatif yang baik dan boleh digunakan untuk melindungi sektor perladangan secara cekap, selamat, kos efektif dan mesra alam,” katanya.

Formulasi Armigard mengandungi bahan tumbuhan yang kaya dengan terpene. Sebatian organik semula jadi dan sintetik berasal daripada isoprena hidrokarbon itu disifatkan sebagai bahan aktif.

Terang Dr Nur Kartinee, rumusan Armigard cukup pekat. Jika menggunakan mesin penyembur, ia perlu disukat untuk mencapai tahap cecair yang ditetapkan sebelum disembur secara terus kepada tanaman.

“Penggunaannya cukup mudah. Kami turut menyediakan pek percubaan kepada golongan petani yang berminat,” bicaranya yang positif penggunaan produk itu untuk keperluan industri.

EDARAN pek percubaan Armigard kepada petani.

Sedia dikomersialkan

Bercerita lebih lanjut mengenai kelebihan inovasi tersebut, Pensyarah Kanan Jabatan Kimia, Fakulti Pertanian UPM itu berkata, impak penyelidikan Armigard cukup besar terhadap pembangunan mampan seiring Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara.

Menariknya, penyelidikan itu dikatakan berupaya meningkatkan hasil tanaman, malah pendapatan petani! Kata Dr Nur Kartinee, ia berikutan perangkaan menunjukkan 45 peratus golongan itu masih mempunyai pendapatan bawah tahap kemiskinan.

“Penggunaan biopestisida terbukti mampu menghasilkan tanaman organik, bebas racun perosak kimia berbahaya dengan tahap residu yang rendah,” ungkapnya.

Bicaranya lagi, kawalan perosak ‘bio’ adalah produk yang boleh biodegradasi dan mesra alam. Barangkali isu alam sekitar boleh diselesaikan dengan penggunaan biopestisida seumpama Armigard.

“Pengurangan penggunaan racun perosak kimia akan memastikan pengeluaran tanaman lebih selamat sekali gus meningkatkan sekuriti tabung makanan negara.

“Jika ditanya mengenai kesediaan produk ini, ya, kami sudah bersedia untuk peringkat pengkomersialan memandangkan percubaan ladang sudah selesai dengan jayanya,” katanya.

PROJEK percubaan penggunaan Armigard di Bukit Damar pada tahun 2019.

Seperkara tentang pencapaian projek penyelidikan itu, Dr Nur Kartinee menerangkan, jalinan kerjasama dan pelesenan sedang dilaksanakan bersama pemain industri tempatan.

“Alhamdulillah, kami sedang menjalinkan kerjasama bersama Nanocipta Sdn Bhd melalui perjanjian pelesenan yang berupaya memimpin pemasaran dan pengkomersialan biopestisida Armigard di seluruh negeri.

“Pada masa ini, promosi pemasaran dan pengkomersialan turut dijalankan melibatkan negara luar terutamanya Australia, Indonesia dan India,” ujarnya.

Sumber