Jom tiru rahsia Siti Nordiana kekalkan berat hanya 55 kilogram

RUPA paras yang cantik, wajah berseri dan aura tenaga positif semua itu datangnya daripada amalan pemakanan yang baik. Namun, kepada wanita yang sibuk dan memiliki jadual yang padat, rutin itu bukan mudah untuk dilaksanakan dan memerlukan cairan semangat yang jitu.

**

Bagi artis kecil molek kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini, Siti Nordiana mesra dipanggil Nana, beliau ada petua khas untuk tampil menawan, cergas dan bertenaga. Kata Nana semua yang dilakukan selari dengan pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. “Saya perlu keluarkan peluh walaupun sedikit untuk memastikan berat badan saya sentiasa ideal,” kata pelantun lagu Nisan Cinta yang turut mempunyai jenama minyak wangi sendiri, ADORE. Nana berkongsi rahsia pesonanya khas untuk tatapan peminat.

1. Kurangkan gula.

Gula akan meninggalkan lemak di badan, jadi Nana akan mengawal pengambilannya. Amat sukar buat untuk melaksanakannya lebih-lebih lagi dia amat suka minuman manis. Pun demikian demi kesihatan, semunya terpaksa dikurangkan.

2. Zumba tiga kali seminggu

Disebabkan tiada masa Nana akan buat senaman di rumah. Paling disukainya senam zumba dibuatnya sekurangnya tiga kali seminggu. Perkara yang begitu menyenangkan untuk dibuat dengan hanya melihat gerakan itu di youtube. Nana memberitahu dia juga suka berenang dan berjalan-jalan sekitar halaman rumahnya.

3. Ambil vitamin

Bagi menjaga kesihatan dalaman, Nana amalkan suplemen, vitamin c Berocca dan minyak ikan salmon Alaska. Di samping minum air kosong sebanyak tiga liter sehari dan makan banyak sayur-sayuran.

4. Pilih makanan rebus

Bagi mengurangkan pengambilan makanan berminyak Nana lebih suka ambil makanan rebus. Pilihan selamat makanan ala Jepun. Jika di rumah Nana akan masak telur rebus dan makan begitu sahaja.

5. Tiada bahan perisa

Semasa memasak Nana akan menggunakan bahan perasa seperti kicap dan gula. Bahan perisa lain akan dielakkan.Ujar Nana lagi, di dalam peti sejuknya hanya ada telur, ayam, ikan, butter, sayur, dan buah-buahan. Ini semua penting bagi memastikan dietnya sentiasa teratur.

6. Jangan beri tekanan

Nana menambah, tidak salah untuk mengambil makanan berkolesterol tinggi seperti burger, pizza dan makanan bersantan. “Cuma kita hadkannya sahaja. Jika kita amalkan diet yang ketat kita akan memberi tekanan pada diri dan cenderung untuk mengambilnya dalam kuantiti yang banyak nanti,”pesan selebriti jelita itu yang memiliki berat badan sekitar 55 kilogram. Kata Nana lagi, kepada sesiapa yang hendak berdiet, tidak perlu mengharapkan badan turun secara mendadak. “Cukup jika sebulan mampu menurunkan berat badan sebanyak 1 hingga 2 kilogram. Biar lambat asalkan istiqamah,”katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *