Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • “JIKA ITU SALAHKU” CINTA TERLARANG YANG MENGUJI IMAN DAN TAKDIR
  • Drama
  • Entertainment

“JIKA ITU SALAHKU” CINTA TERLARANG YANG MENGUJI IMAN DAN TAKDIR

Helmi Aziz October 14, 2025 (Last updated: October 14, 2025) 2 minutes read
Jika Itu Salahku_Official Poster

Tiada yang mudah bila berbicara tentang cinta, terutama apabila dua jiwa datang dari dunia yang berbeza. “Jika Itu Salahku”, drama terbaharu slot Lestary TV3, membawa penonton menyelami kisah dua insan yang terperangkap antara kelalaian dunia dan pencarian Tuhan. Sarat dengan nilai kemanusiaan dan emosi yang menyentuh hati, drama ini bakal menemui penonton mulai 17 Oktober 2025, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam.

Diadaptasi daripada novel karya Liza Nur, “Jika Itu Salahku” menampilkan gandingan mantap Sophia Albarakbah dan Alvin Chong sebagai Asyiqeen dan Ivan. Turut membintangi drama ini ialah barisan pelakon berpengalaman seperti Dato’ Ziela Jalil, Fadilah Mansor, Shamsul Ghau Ghau dan Steve Yap. Dengan arahan Riza Baharuddin serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, drama 13 episod ini menjanjikan penceritaan yang penuh emosi, pengajaran dan keinsafan.

Asyiqeen (lakonan Sophia Albarakbah)

Asyiqeen (lakonan Sophia Albarakbah) dibesarkan tanpa bimbingan agama, belajar mengenal kehidupan dalam serba kekurangan dan penderitaan. Sejak kecil, dia memikul tanggungjawab menjaga adiknya, Balqis, yang menghidap sindrom Down sambil menahan penderaan fizikal dan emosi daripada neneknya, Mak Tok (Fadilah Mansor). Namun, sebuah tragedi mengubah segalanya dan menjadi titik tolak kepada perjalanan rohani yang mendalam buat dirinya.

Pertemuannya dengan Ashraff Ivan Tang (lakonan Alvin Chong), lelaki kacukan yang hidup bebas tanpa panduan, membuka lembaran baharu dalam kehidupan Asyiqeen. Dari perbezaan latar belakang itu lahir rasa cinta yang halus dan tulus, menguji keteguhan iman serta prinsip kedua-duanya. Namun persoalan besar terus membayangi mampukah dua jiwa ini bersatu atas dasar keikhlasan, atau akhirnya terpisah kerana perbezaan agama yang sukar dijambatani?

Ashraff Ivan Tang (lakonan Alvin Chong)

Bagi Alvin Chong, watak Ivan membawa pengalaman baharu yang cukup mendalam. “Watak ini beri saya peluang untuk faham sisi spiritual yang jarang saya terokai dalam lakonan. Ia bukan sekadar kisah cinta, tetapi perjalanan mencari diri bagaimana kasih dan keyakinan mampu wujud walaupun dalam dunia berbeza. Saya belajar tentang sejauh mana seseorang sanggup berkorban untuk memahami jiwa insan yang dicintai,” katanya.

“Jika Itu Salahku” bukan sekadar drama cinta biasa, tetapi kisah tentang mencari makna kasih, pengorbanan dan keinsafan. Ia membawa pesan bahawa tidak semua cinta perlu dimiliki, dan tidak semua perpisahan bererti kehilangan. Saksikan drama ini bermula Jumaat ini di slot Lestary TV3, atau strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my serta aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.

Untuk mengikuti perkembangan terkini drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pelajar Tingkatan 4 Maut Ditikam di Sekolah: Rakan Sekolah Tingkatan 2 Ditahan
Next: Apabila Nama Mawar Disebut, Ilmu Hitam Bangkit Menuntut Dosa Lama

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.