Jangan lafazkan sesuatu hanya mahu sedapkan hati orang

Jangan lafazkan sesuatu hanya mahu sedapkan hati orang

UMAT Islam diingatkan agar tidak mempermainkan nazar, janji dan sumpah yang telah dilafazkan dengan tidak menunaikannya.

Pendakwah, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, kewajipan menunaikan semua perkara itu jelas disebut di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

USTAZ WAN AKASHAH

USTAZ WAN AKASHAH

“Jika tidak ditunaikan, orang yang suka mempermainkan nazar, janji dan sumpah kebiasaannya akan mendapat bahana.

“Ini amaran kepada mereka yang suka main-main dengan sumpah, nazar dan janji. Biasanya, kalau dia tak tunaikan nazar, janji dan sumpah, mereka akan ditimpa musibah yang berat. Pelbagai bentuk musibah yang kita tidak tahu. ALLAH ‘bayar’ mengikut kehendak-Nya,” tegas beliau.

Ustaz Wan Akashah turut menitipkan pesan, jika mahu bernazar, berjanji atau bersumpah, semua yang ingin dilakukan itu bukanlah melibatkan perkara maksiat.

“Memang ketiga-tiga perkara ini boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi ia bukan untuk tujuan maksiat,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pendakwah, Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Faiz berkata, mempermainkan janji merupakan satu budaya yang tidak baik.

PU FAIZ

PU FAIZ

Malah, jelas beliau, menurut Nabi SAW, perbuatan itu termasuk dalam golongan munafik.

“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya berjanji padahal kita tidak berniat menunaikannya atau hanya untuk menyedapkan hati orang.

“Orang seperti ini ada sifat-sifat orang munafik. Meskipun belum lagi munafik, Nabi SAW telah mengingatkan kita agar menjauhi sifat-sifat begitu,” ujar beliau.

Apabila tidak dikotakan janji, nazar ataupun sumpah yang sudah dibuat, apa akan jadi? Jelas beliau: “Berdosa kerana perbuatan itu haram. Selain itu, akan diberi seksaan di akhirat apabila kita tidak tunaikan janji tersebut.”



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *