KUALA LUMPUR — Datuk Jamal Abdillah mengadakan ‘Konsert Jamal Abdillah LIve In Concert’ baru-baru ini. Konsert ini anjuran Shiraz Projects yang diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Konsert bertambah meriah dengan kehadiran peminat-peminat dari yang tua mahupun muda.
Beliau yang berusia 64 tahun menyampaikan 21 buah lagu antaranya Azura, Di Sudut Kamar Hatiku, Kehebatan Cinta, Kau Lupa Janji, Penghujung Rindu, Kekasih Awal dan Akhir dan Seniman Menangis.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali turut mengundang anak-anaknya Yamani Abdillah dan Zaki Yamani untuk sepentas bernyanyi bersamanya pada malam konsert tersebut. Bagi meriahkan lagi konsert beliau menjemput anak-anak beliau.
Selain itu, konsert juga dimeriahkan lagi dengan kemunculan Wany Hasrita dengan kelunakan suaranya dalam menyampaikan lagi duet, Kehebatan Cinta, bersama Jamal Abdillah.
Apa yang lebih menarik konsert itu mencuri perhatian seluruh penonton apabila dihadiri oleh seorang peminat yang dipanggil opah (nenek), Rohani Abdullah yang berusia 69 tahun dan berasal dari Terengganu. Peminat ini menikmati konsert Jamal dengan bernyanyi bersama-sama.Menceritakan detik pertemuan, Jamal berkata dia bertemu dengan Rohani serta cucunya di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur.
“Dia beritahu bahawa dia peminat setia saya dan tidak pernah menonton konsert saya seumur hidupnya.“Jadi, saya terus memberinya tiket VIP untuk menonton konsert saya bersama cucunya, Haikal malam ini.
“Terima kasih ‘opah’ kerana sudi datang konsert saya malam ini,” katanya sambil turun ke arah opah yang duduk di kerusi baris hadapan pentas. Opah sangat gembira dan menikmati konsert bersama Jamal.